Artis / Selebriti
” Meriahnya, hari jadi macam hari raya.. ” – Netizen
Video Ustaz Azhar Idrus Menerima Kejutan Sambutan Hari Lahir Daripada Ahli Keluarganya Raih Perhatian Warganet. Seronoknya Tengok Reaksi Ustaz Azhar, Riuh Rendah Satu Rumah Jadinya, Haha !!
Siapa tidak mengenali Ustaz Azhar Idrus. Ustaz Azhar merupakan pendakwah bebas dan terkenal dengan penyampaian dan ceramahnya dengan gaya bersahaja. Bagi yang pernah menyertai ceramah Ustaz Azhar, pasti tak akan kering gusi ketawa melihat telatah Ustaz Azhar ketika menyampaikan ceramah.
Meninjau di akaun Instagram milik anak ustaz Azhar iaitu Ikhwan Najmi telah dikongsikan video yang memaparkan mereka sekeluarga membuat kejutan menyambut hari lahir Ustaz Azhar. Kelihatan pada awal video, Ustaz Azhar baru sahaja pulang ke rumah.
Setelah membuka pintu, anak-anak dan cucu-cucunya menyambut Ustaz Azhar dengan temb4kan party popper pop dan menyucapkan selamat hari lahir kepada Ustaz Azhar. Selepas itu, kesemua mereka bersalaman termasuk isteri-isteri Ustaz Azhar.

Ustaz Azhar turut memotong kek bersama anak-anak dan cucu-cucunya di sisi. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ada peminat meluahkan rasa suka melihat kemeriahan sambutan hari lahir Ustaz Azhar yang dikatakan sudah seperti menyambut hari raya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet turut mengambil kesempatan memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Ustaz Azhar. Antara ucapan-ucapan tersebut adalah :
” Meriahnya, hari jadi macam hari raya.. Selamat hari lahir Ustaz, semoga dikurniakan kesihatan, dilimpahkan rezeki, dipanjangkan usia dalam menyampaikan ilmu kepada ummah.. “
” Sanah helwah uai semoga umur diberkati oleh Allah,diberikan kesihatan yg baik dan,dilimpahkan rezeki yg bnyk dan dipermudahkn urusan oleh Allah.. “
” Selamat Hari Lahir Ustaz Azhar Idrus , Semoga ustaz panjang umur , murah rezeki , sentiasa sihat tubuh badan dan dipermudahkan segala urusan dlm menyampaikan dakwah.. “
” Sanah helwah murobbi ummah USTAZ AZHAR IDRUS.. Semoga ustaz sentiasa dalam lindungan Allah dan dipermudahkan urusan dunia akhirat ustaz.. “
” Sanah helwah UAI.. Comel ustaz kejut haha.. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dipermudah segala urusan.. “
” Sanah helwah murobbi ustz.. Smga murah rzeki sht tubuh badan, dimurahkan rezeki selalu dan bahagia bersama keluarga.. “
” Sanah helwah uai semoga umur diberkati oleh Allah, diberikan kesihatan yg baik dan,dilimpahkan rezeki yg bnyk dan dipermudahkn urusan oleh Allah.. “
Wah betul-betul meriah, seronoknya tengok semua berkumpul meraihkan hari lahir Ustaz Azhar. Apa-apa pun di kesempatan ini, kami dari Berita Kopak turut ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Ustaz Azhar. Semoga Ustaz Azhar terus diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat serta lindungan Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ikhwannajmi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

