Artis / Selebriti
” Mengekek aku ketawa. Kaw-kaw Erra kena sakat dengan Nabil. Blushing Erra, haha.. ” – Komen Netizen
Video Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad menyakat Erra Fazira mengenai Mr E buat penonton bersorak. Amboi Nabil, siap tanya Erra soalan cepu emas. Tersipu-sipu malu Erra dibuatnya..
Kecoh diperkatakan di kalangan warganet mengenai hubungan Erra Fazira bersama seorang jejaka yang digelarkannya sebagai Mr E. Hasil risikan warganet, akhirnya terbongkar gerangan jejaka bertuah itu yang bernama Ezwan Zain. Ini disahkan sendiri oleh pengurus Erra.
Meninjau entry di akaun Instagram Media Hiburan Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Nabil Ahmad menyakat Erra ketika Erra hadir ke konsert Gegar Vaganza semalam. Erra yang hadir bersama pasangan hosnya, Haziq Hussni untuk mempromosikan program mereka, Borak Seeni.
Siapa yang dapat lari daripada usikan Nabil. Spontan sahaja Nabil bertanyakan kepada Erra kuih apakah yang Erra suka makan. Ini adalah kerana Ezwan merupakan pemilik kafe KUEH. Belum sempat Erra menjawab, Haziq pula join bersama menyakat Erra.

Seloroh Haziq, Mr E meminta untuk Haziq menjagakan Erra sepanjang berada di konsert Gegar Vaganza itu. Apa lagi, riuh sorakan penonton dengan drama usik mengusik Nabil dan Haziq itu. Erra tersenyum malu, namun tetap melayani kerenah Nabil itu. Komen warganet, muka Erra sekarang berseri-seri dan seperti sedang dilamun cinta.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 700 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ezwan owner kedai KUEH tue kan.. Semakin cantik Erra ni.. macam artis Korea sekali pandang.. comel.. “
” Erra pun… punya gelakkkkkkk bahagia sangat.. hahaha .. orang bercinta Kan hati tengah berbunga-bunga bahagia sampai kita pun rasa.. “
” Alhamdulillah blushing Erra dapat soalan cepu emas haha.. kalau betul alhamdulillah.. Semoga dipertemukan dan di jodohkan dgn baik baik. Amin.. “
” Mengekek aku ketawa. dah agak mesti ada soalan tu.. Nabil memang kuat betul menyakat.. korek rahsia live lagi haha.. erra sporting layan je.. “
” Comel je tengok Erra malu malu macam tu.. Nabil pantang betul eh. ada isu semasa, memang laju je dia.. kaw-kaw Erra kena sakat dengan Nabil haha.. “
” Adui Nabil, soalan boleh tanya pasal kuih eh haha.. Lawak tengok Erra kena sakat dengan rakan-rakan macam ni. nampak betul semua suka Erra ada insan misteri.. “
” Nabil ni siapa je yang dia tak sakat. Blushing muka Erra bila Nabil sebut pasal kuih. Kena Haziq direct lak sebut mr e, adui bertambah malu Erra haha.. korang nakal lah.. “
Andai benar Erra dan Ezwan sedang menjalin hubungan istimewa, ramai yang mendoakan mereka dan ingin melihat pasangan ini ke jinjang pelamin. Apa-apa pun, semoga segalanya dipermudahkan untuk Erra dan Erra menemui bahagia yang dicari selama ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, IG Sinar, IG Hibglam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

