Artis / Selebriti
” Menantu nombor dua ni comel betul la perangai dia. Seronok tengok, so funny lah.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video menantu Sheila Rusly, Beatrice Chitra memasak menu istimewa buat ibu dan bapa mertuanya raih perhatian ramai. Wah, untung sis Sheila dan Tok Sidang dapat menantu pandai masak, tapi kelakarlah gelagat Beatrice..
Meninjau ke akaun Instagram Sheila Rusly, perkongsian sebuah video yang memaparkan menantu perempuannya, Beatrice Chitra sedang memasak telah meraih perhatian ramai. Beatrice yang juga isteri kepada Uzair Haqimy, sering dilihat menyediakan pelbagai hidangan istimewa buat ibu bapa mertuanya.
Walaupun bergelar menantu dalam keluarga selebriti, Beatrice tidak kekok untuk turun ke dapur. Malah, sikapnya yang ringan tulang itu membuatkan ramai memuji kerana pandai mengambil hati Sheila dan suami. Antara masakan yang disediakan oleh Beatrice ialah dessert yang nampak menyelerakan.
Beatrice juga pandai menyesuaikan resipi mengikut citarasa ibu bapa mertuanya walaupun dia berasal dari Indonesia. Pastinya ada sedikit perbezaan citarasa antara mertua dan menantu. Namun ia tidak menjadi masalah untuk Beatrice mencuba pelbagai menu.

Perkongsian video ini telah mendapat lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Di akhir video, Beatrice sempat lagi membuat lawak dengan bapa mertuanya apabila dipuji dengan menyediakan pelbagai hidangan istimewa.
Jom tonton video di bawah :
Ramai pengikut yang memuji cara Beatrice melayan Sheila dengan penuh hormat dan kasih sayang, menjadikan hubungan menantu dan mertua mereka sebagai contoh yang wajar diteladani. Antara komen-komen yang diberikan :
” Cantik dan bersihnya rumah sis…kemas rapi teratur je barang2….suka tgk rumah bersih2 ni.. I love banget dgn Beatrice Chitra ni. Funny & tidak fake.. “
” Alhamdulillah. Bila ibu mentua yg penyayang n baik. Maka Allah kurniakan menantu2 yg penyayang juga. Aamiin ya rabb.. “
” Menantu nombo dua ni comel betul la perangai dia.. seronok tengok.. this beatrice is so funny lah! I find her damn cute, macam budak kecik.. “
” Comel je bhasa menantu baru ni allah marah mika marah,. Dah la cantik pandai masak.. untung sis dengan tok sidang.. “
” Semua org marah kalau sebut tu ye lawak betul menantu sis ni.. Bertuah Sis dpt menantu cantik,rajin dan pandai memasak.. Beatrice ni kasar cara dia. Tp kelakar dan rajin.. ”
” Memang tggu video Sr ngan Trice..sebab kelakar…hahahha…tq madam.. yg belum ada menantu macam saya suka tgk pasangan ni raikan menantu mereka. So much love dalam hati mereka as org tua.. “
” Hahahahaha comel la dia ni semoga keluarga bahagian ni sentiasa dalam lindungan dan rahmat ALLAH, aamiinn. Beatrice nampak jee mcm kasar tp muka dia mmg tahu dy seorg yg sgt baik.. “
Tidak hairanlah, semakin hari Beatrice semakin mendapat perhatian di media sosial. Kami di Berita Kopak mendoakan agar ikatan kekeluargaan mereka kekal harmoni dan menjadi inspirasi buat pasangan lain dalam membina keluarga bahagia.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti20 hours ago Artis / Selebriti20 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
