Artis / Selebriti
” Memang surprise sekali, aku tak tahu.. ” – Dadali Dyrga
Video reaksi Dadali Dyrga di belakang pentas ketika kemunculan Shahrol Shiro mengantikannya menyanyi di konsert semi final Gegar Vaganza buat ramai terhibur. Sampai macam tu sekali Dyrga terkejut. Betul-betul surprise, lawak lah Dyrga, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Shahrol Shiro, perkongsian sebuah video yang memaparkan reaksi Dadali Dyrga ketika Shahrol muncul mengantikan tempatnya di pentas Gegar Vaganza telah membuatkan ramai terhibur. Dyrga dilihat sangat terkejut sehingga terbeliak matanya.
Kemunculan Shahrol ini tidak dimaklumkan kepada Dyrga terlebih dahulu. Dyrga sebenarnya berasa agak pelik ketika dia dihalang untuk masuk ke pentas ketika namanya diumumkan. Rupa-rupanya memberi ruang kepada Shahrol untuk menyanyi.
Walaupun perkara ini dirancang tanpa pengetahuan Dyrga, Dyrga masih boleh memberikan persembahan yang terbaik tanpa menggangu fokusnya. Pada minggu separuh akhir lepas, Dyrga telah menduduki tempat pertama menewaskan 7 orang peserta.

Perkongsian video ini telah menerima lebih dua ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik beberapa jam yang lepas. Turut dikongsikan video ketika Dyrga ditemuramah mengenai kemunculan Shahrol di pentas Gegar vaganza.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang bersetuju wajah mereka berdua sangat seiras. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Biase artis jemputan akn dtg slps show…ni mse show…yg pelik dyrga ni bole fokus 100% balik untuk perform.. Makin bamban Dyrga… Compared dgn masa mula2 dulu. Ni mesti penangan nasi kandar.. “
” Dua2 kelakar.. muka pun Sama..cuma suara dryga sedap lagi hehe.. Bekas jerawat pun sama masalahnya.. cuma dyrga nmpk tembam sket haha.. “
” Oh dia pun xtau rupanya hahahaha.. Diorang dah lama rancang kita yg lalai.. Haha sama siak.. kembar tak sama pusat.. “
” Mcm mna aku Ada Dua? Ayat dia.. mujur prank.. kembar terpisah ni.. Dia punya muka sama pattern siak….jeragat kat muka pon sama dua².. “
” Bang Shahrol panggil Dadali dtg nyanyi kat ngepot mesti gempak punya. Bangga saya jadi anak jati Kluang.. sebijik oo.. haha.. “
” Terima kasih shahrol_shiro .happy dyrganp_dadali dpt ketemu kembarnya. Doakan Dyrga sukses di final.. Terkekekekk aku gelak.. “
” Murah rezeki dyrga lepas GV.. Harap astro libatkan dyrga byk2.. Lucu dia ni.. dyrga ni ada bakat pelawak.. bersahaja je dgn nabil.. “
Mereka bukan sahaja seiras dari segi wajah tetapi kedua-duanya juga sangat kelakar. Dyrga juga boleh bersahaja dengan Shahrol walaupun baru pertama kali bertemu. Semoga Dyrga dapat membuatkan persembahan yang terbaik untuk minggu final ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astrogempak, Shahrol Shiro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen

