Artis / Selebriti
” Memang lawak macam Ami dia sebiji last result tu.. ” – Netizen
Video Anak Adira Suhaimi, Anggrek Adenan Membuat Tutorial Makeup Buat Ramai Terhibur. Adoi, Dah Macam Tepung Gomak Muka Tu. Part Membebel Tu Sebijik Macam Adira !!
Anggrek Adenan merupakan anak sulung Adira Suhaimi. Meninjau ke akaun Instagram, satu video tutorial solekan yang dilakukan sendiri oleh Anggrek telah membuatkan ramai terhibur. Di awal video, Anggrek menunjukkan cara menggunakan foundation pada wajah.
Anggrek mencalit foundation pada wajahnya dan meratakan menggunakan span. Apa yang membuatkan ramai tertawa apabila Anggrek meletakkan begitu banyak foundation di wajahnya sehinggakan wajahnya menjadi putih melepak.
Sambil bersolek, mulut Anggrek juga tidak diam. Ada sahaja mulutnya mengomel sambil menunjuk cara untuk bersolek. Hasilnya apabila Anggrek merapatkan wajahnya pada kamera membuatkan ramai terkejut. Adoi, putih sangat tu.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 3 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai menyatakan gelagat dan sifat kelakar Anggrek sangat sama dengan gelagat ibunya, Adira. Ia dapat dilihat dalam kebanyakan video konten daripada Adira.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memberikan emoji ketawa terhadap video ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Lama2 jd opera cina la , putih melepak .. Kau pon lawak sama macam mak kau wei budak kelako tapi konpidennn .. bukti dia kecik lagi.. “
” Putih nye kakak.. tak make up lagi cantik.. Ahahaha sebiji lawak adira lah.. tepung gomak.. klako la anggerik.. sama macam ami.. “
” Pergi kakak pergi masok kelas make up.. Mmg lawak mcm ami dia sebijikkk last2 result tu.. Kakakkkkkk mcm opera cina kakakkkkk.. “
” Sy bru nak tiru anggrek makeup tpi xjdi la putihh naww anggrek.. Sebijik ami dia kuat membebel.. Loklaq betul geram tengok.. “
” Dh dia pap pap pondasion dkt muka dia , nuhhhhh kausss putih melepakkkk.. Putih sgt tu kakkk oiii da mcm jopun pulk tpi yg penting konpident.. “
” Ank buah Aku pun camni ..Kalu msuk blik Abe’s brg make up jd mainan camni.. Akk yg menangis tgok kau tuang foundation tu dik… bukan main.. “
” Dah terbukti ni anak adira suhaimi.. Takpe dik, akak lurve confident tu hahahaa.. Hahahaa tak abis rata lagi dok tambah2 da macam tepung gomak .. “
Nampaknya Anggrek boleh mengatasi ibunya dalam membuat video-video di media sosial. Bak kata pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Anggrek mewarisi bakat ibunya dan juga sikap ibunya yang kelakar dan pandai berlakon.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Anggrek Adenan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

