Artis / Selebriti
” Memang keturunan cantik, daripada nenek sampai ke cucu.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Kongsi Ucapan Selamat Hari Lahir Buat Umi Tercinta, Wajah Ibu Datin Noor Kartini Jadi Perhatian Ramai. Patut Lah Neelofa Dan Ibunya Cantik, Neneknya Pun Lawa !!
Selain Neelofa, ibunya Datin Noor Kartini turut mendapat perhatian ramai di laman media sosial, walaupun dirinya bukanlah bergelar selebriti, namanya kini gah dengan bergelar seorang usahawan yang berjaya dengan perniagaannya sendiri.
Datin Noor Kartini yang berasal dari negeri Che Siti Wan Kembang ini memang memiliki wajah yang cantik dan perwatakan yang sangat lembut, meskipun sudah mempunyai anak-anak yang telah dewasa, dia dilihat masih tampak muda tidak seperti angka usianya.
Meninjau di akaun Instagram Datin Noor Kartini, telah berkongsi ucapan selamat hari lahir buat ibunya iaitu Bibi Khoteja. Menerusi penulisan Datin Noor Kartini, dia menitipkan ucapan terima kasih buat ibunya yang dipanggil gelaran sebagai Umi.

Datin Noor Kartini turut mendoakan akan kesejahteraan buat uminya dan berterima kasih kerana menjadi seorang ibu yang terbaik buat anak-anak. Perkongsian gambar Datin Noor Kartini bersama uminya turut mendapat perhatian ramai.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :
Meninjau di ruangan komen, ramai tidak ketinggalan memberikan ucapan selamat hari lahir kepada umi Datin Noor Kartini, malah wajah umi Datin Noor Kartini turut mencur1 perhatian warga netizen. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Alhamdulillah tabarakallah. Sanah helwah umi. Semoga Allah perkenankan doa dan beri kesihatan yang baik dan berpanjangan buat umi.. “
” Alhamdulillah memang keturunan cantik.. Dari nenek sampai kecucu cantik. Selamat Hari lahir umi Datin Noor Kartini.. “
” Sanah Helwah Umi. Sama-sama nampk young lg lah, memang cantik betul wajah ibu Datin Kartini ini.. “
” Happy birthday umi, moga mendapat umur yg berkat, diberikan kesihatan yang baik selalu, cantik nampak macam muda jer.. “
” Selamat hari lahir buat ibu Datin Kartini, dua-dua nampak cantik , dah sekali tengok macm dua beradik.. “
” Orangk kelantan memang cantik-cantik kan, lagi-lagi dari keturuanan pakistan, tengok cucu dah tahu,nenek pun cun.. “
” Happy birthday umi… Semoga sentiasa di dlm rahmat dan redha Allah swt selalu.. Bahagia bersama anak-anak dan cucu-cucu.. “

MasyaAllah, cantik betul rupa paras nenek Neelofa ni. Kalau dilihat, Neelofa memang mewarisi kecantikan ibunya, dan ibunya pula mewarisi kecantikan daripada neneknya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir buat umi Datin Noor Kartini, semoga diberikan kesihatan yang baik selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Noor Kartini Noor Mohamed
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti22 hours ago Artis / Selebriti22 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
									
