Artis / Selebriti
” Mega betul kereta Dato’, nombor plat tu 2 kali mega. Nombor plat pun dah seram harga dia.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Aliff Syukri menerima hadiah sebuah kereta baru daripada Datin Shahida raih perhatian warganet. Wah kereta idaman Dato’, memang melompat kegembiraan lah Dato’. Nombor plat tu special sungguh, betul-betul mega..
Kehidupan usahawan bertaraf jutawan, Dato’ Aliff Syukri seringkali menjadi perhatian ramai. Seorang yang gigih bekerja, Dato Aliff membuat live Tiktok dari pagi sehingga ke malam menjual produk keluarannya. Isterinya, Datin Shahida juga menjadi tulang belakang kejayaan Dato’ Aliff dan membantu meningkatkan lagi jualan mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Aliff Syukri, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Aliff mendapat kejutan hadiah berupa sebuah kereta daripada Datin Shahida. Dato’ Aliff bersama keluarga menanti kedatangan sebuah treller yang menghantar kereta itu di luar rumah mereka.
Melihat sahaja kelibat kereta yang diletakkan dalam cermin kaca, Dato’ Aliff tersenyum lebar dan melompat kegirangan. Sebuah kereta mewah berwarna hitam jenama Toyota itu merupakan kereta keluarga idaman Dato’ Aliff. Maklumlah anak-anak ramai dan semakin membesar, kereta ini sesuai untuk mereka sekeluarga.

Interior dalaman kereta ini memang canggih dan cantik. Dato’ Aliff juga meluahkan rasa gembiranya kerana mendapat nombor plat yang sungguh istimewa. Kata Dato’ Aliff, nombor platnya itu cuma berharga 10 ribu tetapi realitinya ianya boleh mencecah ratusan ribu. Rezeki Dato’ Aliff.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dato yang kaya pon pakai biasa2 , kdng aku punya biasa2 pon berangan tesla.. tahniah dato atas kenderaan baru.. “
” Alhamdulillah tahniah beli family car… aku suka kalau toklep ni bli jenis family car sebab semua dapat merasa naik sama2…. nasib baik xbeli kereta aneh2 pastu 2-3 kali je bawak.. “
” Dato 10k darab dengannnn …….. Dato ni macam orang tak tahu tau berapa rega plat no tu hehe.. campur harga kereta 1 juta.. Tahniah Dato.. “
” Tak hairan la dato boleh beli apa2 pon yg mahal2 sbb dato datin usaha keras. Tahniah dato’ aliff.. ADH Aliff D’Herbs.. “
” Rezeki jadi anak, suami, ayah dan abang/adik yang baik.. mega betul kereta dato’, no plat tu 2 kali mega.. special betul no.. “
” Nombor plat mahal dari kereta ni dato’.. mega lah dato’.. Berbaloi.. ats usaha dato selama ni mmg xbrhnti niaga nk kt tt.. saya pun slalu beli produk2 n handbag2 dato jual.. support org melayu.. “
” Setahun berapa kali kereta baru dato… alhamdulillah …. hasil semangat dato rajin niaga.. Ingatkan kereta amayan tadi hehe.. “
” Nombor plat pun dah seram harga dia, tahniah Dato’ .. Sesuai sangat no plat tu dengan dato’.. ini baru betul terlajak mega.. murah rezeki dato’.. “
Seronok betul Dato’ Aliff mendapat kereta idaman lebih-lebih lagi nombor plat tu ada kaitan dirinya dan syarikat titik peluhnya selama ini. Memang ngam lah nombor plat ADH1 dengan Dato’ Aliff. Aliff D’Herbs memang terpaling mega dan nombor satu. Tahniah Dato’ Aliff daripada kami di Berita Kopak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aliff Syukri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

