Artis / Selebriti
” Mata light hazel, habis lah nanti jadi rebutan gadis ni.. ” – Komen Netizen
Video close up wajah anak lelaki Maryam You Narae, Nik You Rian raih perhatian ramai. Alahai cantiknya mata Rian. Rupanya copy paste mata Appa dia lah..
Meninjau ke akaun Instagram Nik Muhammad Ryzal, perkongsian sebuah video yang memaparkan wajah close-up anak lelaki Ryzal dan Maryam You Narae iaitu Nik You Rian telah meraih perhatian ramai. Ryzal ingin menunjukkan warna anak mata Rian yang cantik.
Menurut Ryzal, mata Rian mengikut warna anak matanya. Memang cantik sangat warna anak mata Rian yang nampak jernih. Ryzal turut menunjukkan bukti warna matanya sama dengan Rian. Nampaknya Ryzal tetap ingin menyatakan wajah Rian ada juga mengikut wajahnya.
Apabila wajah Rian ditunjukkan secara close-up, kelihatan Rian sangat comel. Dalam masa yang sama, reaksi wajah Rian seolah-olah dalam keadaan tertanya-tanya. Mesti Rian berfikir apakah yang dilakukan oleh bapanya itu sehingga merakamkan wajahnya secara dekat.

Perkongsian video ini telah menerima lebih sembilan ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Nampaknya Maryam perlu bersabar kerana Ryzal tetap ingin menyatakan wajah Rian seiras wajahnya walaupun ramai menyatakan wajah Rian seiras wajah Maryam, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang geram melihat wajah comel Rian. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Baby cakap: “ok Ni camera, I kena maintain comel”.. Green ke tu…mcm light hazel,apa pun warna… mashaAllah, comel baby nya…mesti encem nanti…. “
” Ala comelnya Rian. Sama mcm mata anak sy ms lahir tp skrg jadi dark hazel. Macam mata anak saya masa baby tapi makin besar dia jadi light brown . Ikut mata bapak dia .. “
” Rian tgh konfius tu, knp maknya korea ayahnya melayu.. Ya Allah comelnyaaa… Comel sgt..bila saya nk kwen ni.. mata Light hazel habis lah nanti jadi rebutan gadis ni.. “
” Waahhhh bulatnya.. Omeyyy sgtt.. Xsabar tggu rian main dgn kakak rina.. Sebijik macam Maryam.. Olive eyes jer tu .. “
” Mata hijau comel nya bijak nya.. Alhamdullilah MasyaAllah.. Semoga Rian menjadi Ank yg soleh. Selamat dunia dan akhirat aamiin.. “
” Nak jugak ada part dia. Mcm pakai konteks lens.. Muka oppa ya Allah hansem la nanti besar . Betul cantiklah warna mata dia.. “
” Sama mata anak sayalahhh…sy tya doc…doc ckp cokolat .. Maha suci Allah. Moga membesar jadi anak soleh.. Maryam tengah geram tu penat2 dia beranak semua nk ikut appanya.. “
Alahai, geramnya melihat wajah Rian yang merupakan seorang bayi kacukan Korea dan Malaysia. Semestinya apabila besar nanti mempunyai ramai peminat. Kecil-kecil sudah nampak handsome. Semoga membesar dengan sihat dan ceria.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ryzal Ibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


