Artis / Selebriti
” MasyaAllah cantiknya nama, muka Hayder sangat baby ni.. ” – Komen Netizen
Eyra Hazali Kongsi Gambar Penuh Wajah Anak Ketiganya Yang Baru Lahir. Alahai Comelnya Baby, Muka Sebijik Macam Abang Hayder. Nama Pun Cantik, Secomel Orangnya !!
Beberapa hari yang lalu, Eyra Hazali ada berkongsikan kepada umum mengenai berita kelahiran cahayamata ketiganya. Eyra selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 26 September 2024, tepat pada jam 5.43 petang. Pada ketika itu Eyra hanya memaklumkan jantina dan wajah anaknya juga dikaburkan.
Kini setelah hampir seminggu selepas melahirkan, pasangan ini mengumumkan nama yang telah dipilih untuk anak mereka itu. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Eyra Hazali, telah dimuatnaik beberapa keping gambar yang menunjukkan secara jelas wajah anak ketiga Eyra itu.
Kapsyennya cukup pendek berbunyi ‘ Assalamualaikum Muhammad Hud Ezqandar’. Menarik dan sedap nama yang diberikan oleh pasangan ini dan pastinya ada maksudnya yang tersendiri. Melihat kepada paparan gambar, wajah Hud saling tak tumpah seperti wajah Hayder.

Wajah comel Hud mendapat pujian daripada ramai warganet dan menggelarkannya sebagai Hayder 3.0. Ramai juga yang mengatakan wajah Hayder, Endra dan Hud seperti kembar. Comel-comel semua anak Eyra, mewarisi mama dan papa mereka.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Assalamualaikum baby hud.. ni kembar hayder juga ke hehe.. dia macam Hayder lahir kali ketiga.. muka sama, copy paste abang.. “
” Tiga-tiga muka sama, macam kembar dah. seronok lak tengok 3 beradik ni.. adik baby nama best, comelll sangat.. “
” Kembar 3 ni.. macam mak ayah dia, cantik lawa budak-budak ni.. Macam tak caye endra dah jadi abang. Rasenye macam baru je tgk video hayder tolak endra dalam troli.. “
” MasyaAllah cantiknya nama Muhammad Hud Ezqandar, welcome to the world.. muka hayder sangat ni baby.. “
” Geram aiiihh… 3 beradik nii.. Comey betui.. 3 hero bakal pemain bola sepak ni.. Tahniah… muka abg sgt nie.. encem.. “
” Comelnya baby.. Sepesen jela muka 3 beradik ni.. photostat abang hayder punya muka yang ni.. cute.. “
” Sedapnya nama baby, muka abang Hayder sebijik. Hayder 3.0, ala ala comellll nya. dah pandai senyum.. “
Akhirnya Eyra umumkan juga nama anak ketiganya itu. Comel seperti abang-abangnya, baby Hud pastinya akan memeriahkan lagi suasana di rumah mereka. Semoga Muhammad Hud Ezqandar membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang soleh serta tinggi budi pekertinya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Eyra Hazali
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

