Artis / Selebriti
” Masih stylo di usia 65, suara pun gemersik tetap sama.. ” – Netizen
Video Persembahan Secara Live Jay Jay Menyanyikan Lagu Rindu Bayangan. Fuhhh Suara Jay Jay Langsung Tak Berubah. Maintain Sedap Dan Merdu Macam Dulu Dulu. Memang Legend Lah !!
Nama Jay Jay bukan asing buat peminat yang membesar di era 90-an. Vokalis kumpulan Carefree ini popular dengan lagu h1ts antaranya Rindu Bayangan dan Belaian Jiwa. Sekalipun usianya sudahpun melewati angka 60-an, namun Jay Jay masih kelihatan sihat dan bertenaga.
Meninjau akaun Instagram Official Hlive, telah dikongsikan sedutan video ketika Jay Jay membuat persembahan secara live. Dengan memetik gitar di tangan, Jay Jay mengalunkan lagu Rindu Bayangan dengan cukup baik.
Kemerdun suara dan kekuatan vokal Jay Jay mengagumkan peminat dan ramai yang mengatakan suaranya tidak berubah langsung. Jay Jay pernah berkongsikan sebelum ini di Portal Berita Harian yang dia menjaga pemakanan dan jarang mengambil minuman berais untuk menjaga suara.

Jay Jay juga dipuji oleh peminat kerana wajah dan penampilannya yang masih kelihatan muda. Mendengar suara Jay Jay, seperti mengimbau zaman kegemilangan Carefree suatu masa dahulu. Tak jemu mendengar suara Jay Jay yang lunak itu.
Jom tonton video di bawah :
Video perkongsian ini telahpun mencatatkan lebih 4000 likes daripada peminat sehingga kini. Antara komen-komen peminat :
” Suara masih macam muda muda dulu. Hai lah teringat pulak zaman remaja. Zaman ku pend4m rindu hehe.. “
” Seriously 65 yrs old, muka awet muda betul. Suara tu fuh masih seperti dahulu. Tak ada berubah langsung, mendayu dayu membuai rasa dengar.. “
” Legend, suara still power. Suara tak berubah, masih sedap macam dulu. Saya memang minat Jay Jay dan membesar dengan lagu-lagu Jay Jay.. “
” Rindu Jay Jay perform. Suara masih sama, nampak muda dan makin handsome dari dulu lah. Terbaiklah Jay Jay.. “
” Mak aii handsome lagi weh, suara pun gemersik. Tak puas dengar, memang membesar dengan lagu Jay Jay.. “
” Serius lah 65 tahun, awet mudanya muka Jay Jay. Tak dimakan usia langsung. Suara pun tak berubah. Makin berusia makin handsome pulak.. “
” Masih stylo di usia 65, awesome. Suara macam zaman kegemilangan dulu, legend memang power. Merdunya masih tetap sama.. “

Tidak dinafikan, kelunakan suara Jay Jay masih sama seperti dahulu, tetap power pada usia 65 tahun. Apa-apa pun, semoga Jay Jay sentiasa dikurniakan Allah kesihatan yang baik dan terus menghiburkan peminat dengan suara emasnya itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Official Hlive, Youtube Channel Zaramiz TV, Youtube Channel UniKL Page
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

