Artis / Selebriti
” Marsha terlebih gula ni, mengekek aku tengok. Main-main pun suara mantap ekk.. ” – Komen Netizen
Video Marsha Milan berduet bersama Elly Mazlein menyanyikan lagu Hening Rindu buat ramai terhibur. Walaupun dua-dua ‘masuk air’, menyanyi tetap padu. Macam-macam gaya ada, lawak lah, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik Radio Era, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan penyanyi Marsha Milan telah menjadi tetamu jemputan untuk segmen Carta Era 40 yang dikendalikan oleh pengacaranya, Elly Mazlein baru-baru ini. Menerusi video itu, banyak topik yang diborakkan oleh Elly bersama Marsha.
Antara video yang menarik perhatian adalah video Marsha dan Elly berduet menyanyikan lagu Marsha sendiri iaitu bertajuk Hening Rindu. Menerusi video itu, pada awalnya Marsha memulakan dahulu nyanyian dan selepas itu disambung pula oleh Elly.
Telatah Marsha dan Elly ketika menyanyi telah mengundang tawa warganet. Ramai yang terhibur melihat gaya yang dilakukan Marsha serta Elly yang dikatakan masing-masing sudah ‘masuk air’ . Namun begitu, nyanyian kedua mereka juga mendapat pujian ramai.

Gabungan suara Marsha bergandingan dengan Elly kedengaran begitu merdu walaupun menyanyi secara santai dan main-main. Sehingga kini, video nyanyian duet Marsha bersama Elly telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat telatah Marsha dan Elly ketika menyanyi serta memuji suara mereka begitu merdu apabila bergandingan bersama. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Marsha terlebih gula ni, mengekek aku tengok. Main-main pun suara mantap ekk. Terus berjangkit perangai masuk air daripada kepom, haha.. “
” Banyak cover2 era nii Yang on top pling best lah ekkk.. Dalam buat lawak pun, suara masing-masing padu habis lah, powerr.. “
” Aku memula dengar sedap teruk and tak tengok videonya lagi sebab tengok tempat lain, sekali dah tengok.. Ya Allah aje masuk air lah. Kalau tak kena lagu ingat lagi slamdunk tadi.. “
” Baru nk fefeeling ost Aku bukan ustazah 2 bkl kuar nnti skali tiba part Marsha juling terus bedekah adoii.. Kelakar betul lah Marsha ni, haha.. “
” Hahahah masuk kau Marsha, dah sama dua dua ketol comel ni ting tong dia.. Hahaha geram betul aku tengok ni.. Cute lawak Elly Mazlein.. “
” Suara dah bikin sedih kalau tak tengok muka kakak dua ni. Keliru pula, lagu sedih ke lagu lawak iamellymazlein marshamilan.. “
” Hawauuu tol lah Marsha part juling mata tu, penat aku gelak tengok.. Main2 pun dia bagi. Lerve sangatt… Gandingan yang memang meletop lah.. “
Part Marsha buat mata juling juga buat ramai terhibur. Bak komen warganet, Marsha sudah ‘berjangkit’ perangai ‘masuk air’ Elly. Apa-apa pun, memang hebat gandingan Marsha serta Elly. Semoga pada masa akan datang, mereka akan bekerjsama menghasilkan lagu duet pula.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen


