Artis / Selebriti
” Mantap Tok Ram. Tok Ram memang legend. Meremang bulu roma ketika ni.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Ramli MS Bermain Accordion Mengiringi Nyanyian Dato’ M. Nasir Di Konsert Cipta Raih Pujian Ramai. Wah Hebatnya Tok Ram, Jarang-Jarang Dapat Tengok Tok Ram Main Alat Muzik Macam Ni. Ramai Yang Tersentuh Dengan Alunan Muzik Tok Ram Tu !!
Sebut sahaja nama Dato’ M. Nasir, pastinya semua akan terbayangkan figura yang bersuara emas ini. Lagu ciptaan Dato’ M. Nasir seringkali menjadi siulan ramai kerana liriknya yang mendalam dan rentak lagu yang kena dengan jiwa pendengar.
Dato’ M. Nasir mencipta sejarahnya sendiri dengan kejayaan Konsert Cipta Dato’ M. Nasir 2 hari yang lalu. Dihadiri oleh 8000 orang penonton, ianya konsert yang dinanti-nanti oleh semua peminat Dato’ M. Nasir. Axiata Arena Bukit Jalil meriah dengan sorakan dan tepukan penonton.
Meninjau akaun Instagram Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Ramli MS bermain alat muzik accordion. Alunan muzik ini adalah untuk mengiringi Dato’ M. Nasir menyanyikan lagu Hijab Kekasih. Ramai yang memuji kehebatan Tok Ram yang boleh bermain alat muzik itu.

Apabila 2 sifu muzik bergabung, terasa kesyahduannya dalam alunan muzik dan lontaran suara Dato’ M. Nasir yang mampu membuatkan air mata menitik mendengarkan lagu ini. Lirik lagu Dato’ M. Nasir ini juga mempunyai maksud yang tersirat yang menusuk ke hati.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Mantap Tok Ram.. Tok Ram memang legend.. Meremang bulu roma ketika ni.. Menusuk, bila accordion dimainkan Dato Ramli MS.. ”
” Fuhhh dua maestro muzik Malaysia. Ni memang level lejen ni.. Hebat nya Tok Ram dan Datuk M.Nasir tak sedar air mata meleleh betapa syahdu lagu dimainkan.. ”
” Artis baru kena banyak belajar jati diri daripada mereka² orang lama yang berjiwa seni sejati. Kemasyhuran dan kekayaan akan datang kemudian, semaikan seni dalam jiwa.. ”
” Eksen ye tok ram.. Tapi tok ram memang expert mensyahdukn muzik. dia kenal jiwa lagu tu.. ”
” Lagu yang ditunggu-tunggu.. lagu ni buat terus terkenang dosa2 lampau ooo.. lirik dia.. aduhhh.. ”
” Muka berlagak ea Tok Ram haha.. Serba boleh tok ram ni.. 2 real legend atas 1 pentas.. deep sangat lagu hijab kekasih ni.. ”
” Power siak bunyi dkt hp je pun blom lgi live.. Terus menusuk dalam hati jiwa raga.. Selayaknya Tok Ram tempatnya di Konsert Sifu mcm ney.. ”

Gemersik alunan muzik yang Tok Ram mainkan, dipadukan pula dengan suara Dato’ M. Nasir lagi bertambah sayu hati mendengar lagu ini. Selayaknya Tok Ram ada di pentas konsert bersama penyanyi lagenda ini. Semoga kedua-dua sifu muzik ini sentiasa dalam lindungan Allah dan sihat selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

