Artis / Selebriti
” Mana boleh, Nabil number one.. ” – Tok Ram
Terima pujian daripada Dato’ Ramli MS, gelagat spontan Nabil Ahmad menc1um Tok Ram buat ramai terhibur. Wah, dalam garang-garang Tok Ram rupanya Nabil juga menjadi pilihan Tok Ram, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram Media Hiburan, perkongsian sebuah video yang memaparkan Mierul Aiman cuba menjadi hos menggantikan Nabil telah membuatkan ramai terhibur. Ketika itu baru sahaja selesai persembahan daripada Sheila Abdul dan Mierul telah membuat kemunculannya.
Ketika Mierul diminta menjadi hos, Nabil pula diminta untuk turun dari pentas dan duduk di tempat penonton. Namun begitu, Dato’ Ramli MS atau Tok Ram mengkritik cara Mierul menjadi hos Gegar Vaganza dan memuji Nabil sebagai pengacara nombor satu.
Mendengarkan pujian Tok Ram itu, Nabil segera bangun dari tempat duduknya dan mencium pipi Tok Ram. Aksi spontan Nabil ini membuatkan satu dewan ketawa dan bergema. Selamba sahaja Nabil mencium pipi Tok Ram dan ini bukan kali pertama Nabil berbuat sedemikian.

Perkongsian video ini telah menerima lebih seratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Walaupun Nabil suka mengusik Tok Ram setiap kali menjadi hos di Gegar Vaganza, Tok Ram tetap memilih Nabil untuk terus menjadi hos di program ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian video ini telah menerima beberapa komen daripada para netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Mierul aiman memang sesuai jadi hos.. Mierul dah nervous dah tu dgn Sherry .. Tokram ni potong laa.. Ala tok ram support la sikit.. “
” Bukan X layak tapi bunyi mamat tu nampak sangat terpaksa , tok ram bijak.. nabil lebih menghiburkan. Mierul kena asah lagi bakat.. “
Sekadar info, Gegar Vaganza musim ke 11 ini sudah memasuki minggu ke 9. Hanya tinggal 8 orang peserta sahaja yang masih berentap untuk mara ke pusingan final. Pada malam semalam tiada sebarang penyingkiran yang berlaku.

Nabil sememangnya menjadi hos daripada musim pertama sehingga kini dan pastinya sukar buat penonton jika ditukarkan hosnya. Ini kerana para penonton sudah sebati dengan lawak dan gelagat Nabil sepanjang mengacarakan program Gegar Vaganza.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mediahiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

