Artis / Selebriti
” Mamat, nanti Mamat buat yang terbaik ya.. ” – Elly Mazlein
Elly Mazlein Nafi Undur Dari All Star Gegar Vaganza Sebab Mengandung. Sempat Titip Pesanan Untuk Mamat Exist. Eh Ada Nama Manja Lain Rupanya Kak Lina Pom Pom Bahasakan Dengan Mamat, Hehe !!
Berita pengunduran Elly Mazlein atau popular dengan sapaan Kak Lina Kepom mengejutkan semua peminat setia program realiti All Stars Gegar Vaganza. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja berita Kak Lina menarik diri daripada mengacara rancangan ini diumumkan oleh pihak Astro.
Bukan hanya peminat, malah ramai rakan artis juga kecewa dengan berita ini. Rakan hos Kak Lina, Nabil Ahmad lebih terasa kerana keh1langan gandingan yang serasi dengan dirinya. Nabil juga langsung tidak mengetahui mengenai keputusan Kak Lina ini.
Ramai yang membuat spekulasi apabila Kak Lina mengatakan mengundur diri kerana masalah peribadi. Meninjau Instastory Kak Lina, persoalan itu terjawab. Kata Kak Lina dia tidak hamil sebagaimana yang digembar-gemburkan dan ianya juga bukan salah pihak pengurusan Astro.

Kak Lina juga mengesahkan ianya bukan gimik dan kenyataannya Kak Lina akan tinggalkan GV untuk selama-lamanya. Cukuplah masa yang diberikan sebelum ini untuk Kak Lina menghiburkan semua. Kak Lina turut memohon agar semua menyokong artis-artis yang bertanding di GV.
Jom baca perkongsian di bawah :




Alahai sayu sungguh pesanan Kak Lina untuk Mamat dan Ezad itu. Untuk rekod, Kak Lina dan kumpulan Exist pernah bernaung di bawah syarikat recording yang sama dahulu. Mereka sememangnya akrab dan Exist adalah antara kumpulan kegemaran Kak Lina.

Ayin panggilan yang tidak pernah siapa tahu sebelum ini. Manja betul panggilan Kak Lina dengan Mamat tu. Apa jua yang bakal terjadi pada masa hadapan, semoga Kak Lina terus maju jaya dalam karier dan dimurahkan rezeki selalu. Ramai yang akan rindukan Kak Lina Kepom.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein, IG Mamat Exist, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

