Artis / Selebriti
” Makin jammed jalan macam ni, kalau saya terus stop tunggu sampai Datuk habis nyanyi, haha.. ” – Netizen
Video Datuk Aishah Menyanyi Lagu Raya ‘ Pulanglah’ Di Hadapan Rumahnya Khas Untuk Mereka Yang Tersangkut Jammed. Sempoi Habis Lah Kalau Macam Ni, Hilang Stress Hadap Jammed, Dah Tak Payah Buka Radio !!
Sebut sahaja nama penyanyi Datuk Aishah pasti ramai mengenalinya. Sudah puluhan tahun Datuk Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkecimpung dalam industri seni suara tanah air. Malah Datuk Aishah juga merupakan juara Gegar Vaganza Musim ke 4.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Datuk Aishah telah dikongsikan beberapa gambar yang memaparkan Datuk Aishah telah pulang ke kampung halaman bersama anaknya, Armand untuk meraikan lebaran bersama ahli keluarga mereka pada hari raya baru-baru ini.
Satu posting lain pula memaparkan video Datuk Aishah menyanyi lagu rayanya yang bertajuk’ Pulanglah’ di tepi jalan raya di hadapan rumahnya. Tampil cantik mengenakan busana berwarna cerah, Datuk Aishah menyanyi sambil berjalan menuju di hadapan pagar rumah.

Tulis Datuk Aishah di ruangan kapsyen, dia mahu melihat reaksi orang ramai yang sibuk lalu lalang sambil menyanyi suka-suka sahaja. Perkongsian video itu menarik perhatian wargnet. Ada peminat berseloroh mengatakan jalan akan semakin jammed kerana mendengar nyanyian merdu Datuk Aishah.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Makin jem jalan macam ni, kalau saya terus stop tunggu sampai Datuk habis nyanyi, haha.. Layu kesukaan saya dari kecil lagi ni.. “
” Tak best lah raya kalau tak dengar lagu ni.. Lagu kalau duduk jauh dengan family auto jadi sebak, terus ingat kampung halaman.. “
” Sedihnya. Sy membesar dgn lagu ini. Kalau sy lalu, sy culik Puan sekejap bawak puan balik jumpa mak. peminat Puan. Lepas tu bawak balik puan semula ke tempat ni, hehe.. “
” Suara memang legend tok.. Semua teringst kemangns lalu bila balik raya.. Teruskan perjuangan tok.. Suara tak lari dr dulu tok.. Nangis dngo lagu nih dulu.. “
” Ni kalau saya lalu terus parking dgr sampai habis.. Boleh nagis oo.. Untung lah yang lalu jalan rumah Kak Aishah, layan je drive hadap jem, hehe.. “
” Tengok komen netizen kat TT “mcm suara penyanyi asal la akak ni nyanyi” .. Sampai ke telinga lebar senyuman saya kak, hahahahahaa.. “
” Saya sanggup ulang alik bawa kereta lalu depan rumah Kak Aishah, hehe semata-mata nak dengar Kak Aishah nyanyi, hehehehe.. “
Wah untung lah siapa yang lalu di hadapan rumah Datuk Aishah, hilang stress menghadap jammed ketika mendengar Datuk Aishah menyanyi. Apa-apa pun, meskipun sudah berusia 60 tahun, suara Datuk Aishah langsung tak berubah dan maintain seperti dulu. Untuk pengetahuan semua, Lagu ‘Pulanglah’ nyayian Datuk Aishah ini antara lagu yang ‘wajib’ diputar ketika menjelang Hari Raya pada setiap tahun, vibe lagu ni memang syahdu sangat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG aishahjmm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen



