Artis / Selebriti
” Mak terharu sebab sedaya upaya kamu nak mak gembira.. ” – Bonda Rozita
Video Bonda Rozita Ibrahim menangis terima hadiah kejutan sebuah kereta mewah daripada Dato’ Aliff Syukri. Part satu family berpeluk tu tersentuh tengok. Untungnya Bonda, pulang hadiah lama, dapat pula hadiah baru..
Meninjau ke akaun Instagram bonda Rozita, perkongsian sebuah video yang memaparkan kejutan hadiah istimewa oleh Dato’ Aliff Syukri terhadap ibunya telah meraih perhatian ramai. Dalam masa yang sama, ia juga membuatkan ramai berasa sebak.
Dato’ Aliff telah menghadiahkan sebuah kereta Vellfire berwarna hitam kepada bondanya. Menurut bonda Rozita, sebelum ini Dato’ Aliff pernah menghadiahkannya sebuah kereta Merz Sport, namun dipulangkan semula kerana bonda tidak menggunakannya.
Kemudian Dato’ Aliff menghadiahkan sebuah motosikal pula, namun tetap dipulangkan juga. Ini merupakan kali ketiga Dato’ Aliff memberikan kenderaan kepada bonda Rozita dan ia menggunakan nombor plat yang sama dengan motosikal yang dihadiahkan sebelum ini.

Mungkin untuk hadiah kali ini akan dimanfaat sepenuhnya oleh bonda Rozita kerana kereta ini sememangnya kegemaran bonda. Perkongsian video ini telah menerima lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang berasa sebak melihat video ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Bonda mendooniaa dgn Vellfire. bondaaaa sumpah sy bahagia tgok fmly bonda.. yaallah kurnia daku rezki kasih syg bersama org yg ku syg aamiin3.. “
” Rezeki bonda dpt anak mcm dato yg baik menantu yg baik datin.semoga bonda teruskn keluarkn produk2 bonda.happy family dgn cucu2 yg ramai.. “
” Tgk banyak kali tetap sebak… semoga terbaik utk bonda n keluarga.. Seorang ibu yg sangat beruntung anak layan ibu bagai permaisuri MashaAllah tabarakallah alhamdulillah .. “
” Alhamdulillahh syukur.. tahniah bonda semoga bertambah maju berlipat ganda lagi rezeki dato aliffsyukriterlajaklaris.. “
” Seronok tgok bonda. Syukur dikelilingi anak2 yg pandai menghargai.. Syukur Alhamdulillah semoga semua nya dipermudah kn segala urusan .. Aamiin.. “
” Bertuah bonda dpt anak2 yg dpt membahagiakan hati seorang ibu.. Dato ni wpun perangai gila2 tapi pandai amik hati Bonda Rozita.. “
” Semuga sukri jdi anak saleh mju jaya seperti bonda selamat dunia dan akhirat ya allah memberi pda mreka rezeki yg melimpah berjuang kerana Allah bukan setakat untuk senang ya allah.. “
Wah, bertuah bonda Rozita mempunyai anak seperti Dato’ Aliff yang sentiasa menghargai jasa ibunya. Patutlah Dato’ Aliff sentiasa berjaya kerana selalu ingat untuk membahagiakan ibunya. Semoga keluarga ini terus bahagia dan sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bonda Rozita
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


