Artis / Selebriti
” Mak salmah memang sedaplah suara.. ” – Netizen
Video Dato’ Siti Nurhaliza Menyanyi Bersama Ibunya, Mak Salmah Buat Peminat Teruja. Suara Mak Salmah Power Betul. Lemak Merdu Sangat !!
Siapa tidak kenal Dato’ Siti Nurhaliza atau mesra dengan panggilan Tokti ini. Bintang yang bersinar sudah lama dalam dunia seni dan sehingga kini masih menyinari peminat-peminat dengan alunan suaranya yang merdu. Mendengar suara Tokti sahaja buat peminat terbuia-buai dengan lenggoknya.
Anak kelahiran Pahang ini pernah menceritakan tentang sejarah bermulanya beliau menyanyi. Kehidupan waktu kecilnya yang sering membantu ibunya, Mak Salmah menjual kuih dijadikan medan untuk melatih vokalnya dengan menjerit menyebut kuih untuk menarik perhatian pembeli.
Tokti juga belajar menyanyikan lagu tradisional dari Mak Salmah ketika di sekolah rendah. Dilahirkan dalam keluarga berdar4h seni, tidak hanya Tokti malahan adik dan kakaknya juga terjebak dalam bidang nyanyian. Disebalik kehebatan suara Tokti, rupa-rupanya Mak Salmah juga adalah penyanyi irama etnik ketika mudanya.

Menerusi akaun Twitter Basyialan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gandingan suara Tokti dan Mak Salmah pada sebuah majlis. Tika Mak Salmah melontarkan suaranya, bergema dewan dengan tepukan. Sedap sungguh suara Mak Salmah rupanya.
Jom tonton video di bawah :
https://twitter.com/IniAlannn/status/1259378363434594304
Kehebatan suara Mak Salmah ini menghiburkan netizen. Antara komen-komen mereka :
” Mak salmah memang sedaplah suaraaa. Semua cukup lemak merdu.. “
” Iya betul Tokti pernah kongsi cerita pasal Mak Salmah.. Salah satu teknik penafasan tak silap, saya lupa bagaimana kisahnya.. “
” Tak sabaq tunggu aafiyah dewasa sikit. Lepas tu bergabung 3 generasi.. “
” Ape la amalan mak salmah masa mengandungkan siti ye… “
” Kalau masuk kilauan emas,confirm tap4u.. “
Gemersik sungguh alunan suara Mak Salmah ini. Tidak hairanlah suara Tokti bak buluh perindu, suara Mak Salmah pun sebegitu. Gandingan yang mengamatkan suasana dan halwa telinga paling merdu. Kami di Berita Kopak berharap agar Mak Salmah sentiasa sihat dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Dato’ Siti Nurhaliza, Twitter Basyialan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

