Artis / Selebriti
” Mahal effort YB ni, blushing, melting semua ada lah. Sayangnya YB dekat Bella.. ” – Komen Netizen
Video YB Syed Saddiq memberikan beberapa kejutan sempena hari lahir Bella Astillah buat peminat teruja. Amboi YB, hari-hari ada surprise untuk Yayang dia ni. Ucapan penuh kasih sayang lagi, so sweet..
Tanggal 15 Mac merupakan hari lahir Bella Astillah. Tahun lalu, Bella menerima satu kejutan hari lahir daripada rakan sekerja merangkap cinta hatinya, YB Syed Saddiq. Air mata bahagia Bella tumpah kerana kejutan yang luar jangkaan daripada YB Saddiq itu.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Primavalet dan Tiktok Team Saddiq, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan YB Saddiq membuat beberapa siri kejutan untuk Bella. Semalam, YB Saddiq dan Bella menyertai majlis berbuka puasa bersama Kedai Cincin Ampang (KCA).
Berusaha YB Saddiq membawa bunga di dalam kereta agar tidak diketahui oleh Bella. Demi Bella, YB Saddiq sanggup berlutut menyorok di belakang meja sebelum menyerahkan sejambak bunga dan kek untuk Bella. YB Saddiq juga memberikan sedikit ucapan untuk Bella.

Hari ini pula, pada sesi Meet and Greet BASS di Primavalet Ostia Bangi, YB Saddiq sekali lagi membuat kejutan hari lahir untuk Bella. Sejambak bunga diserahkan kepada Bella tanda ingatan dan sayangnya. Melting warganet melihat layanan YB Saddiq terhadap Bella. Misi surprise untuk birthday Bella tahun ini berjalan dengan jayanya.
Jom tonton video di bawah :
@teamsaddiq Kisah semalam @Syed Saddiq nak buat suprise untuk @Bella Astillah 🤣 Ps: Min gelak je tengok YB hahahaha 🫢 #syedsaddiq #bellaastillah
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tahun lepas 2x YB buat suprise. Tahun ni setakat hari ni dah 3x suprise (yg kita tau laa) can’t wait for finale malam ni or esok..
” Woww masyaAllah suprise lagi, terharunya.. awesome la, hari hari ada surprise untuk Yayang.. ni misi satu hari satu bunga ke macam mana ni YB.. “
” Alhamdulillah… ya Allah permudahkanlah segalanya utk menyatukan yb syed saddiq dan dayang ara nabellah dgn ikatan pernikahan.. Terima kasih YB kerana membahagiakan Bella Astillah semoga kekal sampai syurga. Amin.. “
” Ya Allah ni kali ke 3 kan.. Wow Bella dapat bunga lagi. Sayangnya YB dekat Bella.. sweet sangat YB ni, Last suprise mission nnti cincin pulak ke yb hahaha.. pape kami tetap doakan yg terbaik utk BASS.. “
” YB tak lama lagi boleh buat part time job jadi party organiser, flower delivery, cake delivery. Makin banyak job experience dalam resume nanti.. “
” YB bgi ucapan dan tatapan yg penuh dgn cintaaaa.. omgooddddd apa niiii, blushing nya sayaaa.. kesungguhan YB mmg tiptop korang.. MasyaAllah tabarakkalah lot’s of love.. “
” Mahal effort YB ni, blushing, melting semua ada lah.. terharu sgt dgn sikap & keprihatinan Yb pd Bella.. Betapa pentingnya & istimewa nya Bella di hatinya. Alhamdulillah terima kasih Yb krn bgtu mghargai Bella.. “
Beruntungnya Bella kerana benar-benar dihargai dan disayangi oleh YB Saddiq. Segala usaha YB Saddiq untuk membahagiakan dan menggembirakan wanita istimewanya ini kelihatan ikhlas dan wajar dipuji. Semoga Allah permudahkan segala urusan BASS untuk hari bahagia mereka, aamin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Primavalet, Tiktok Team Saddiq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

