Artis / Selebriti
” Macam tak percaya weh ni Hadie, nyanyi rap best gila. Tok Naz pun puji.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video persembahan solo Hadie Elfardie membawakan lagu rap Awak Kat Mana di konsert final Talk To My Manager. Wah tak sangka Hadie boleh menyanyi rap gempak macam ni sambil menari. Sampai juri pun puji..
Persembahan anak kepada Ina Naim, Hadie Elfardie dinanti-nantikan oleh peminat Hadie. Program Talk To My Manager adalah platform pertama Hadie mempamerkan bakat nyanyiannya dan ternyata percaturan Ina untuk Hadie tidak salah. Minggu demi minggu, Hadie semakin menunjukkan kemajuan dan prestasi yang baik.
Dari genre nasyid, balada, rock dan dangdut, semuanya dapat dilakukan oleh Hadie dengan cukup baik. Pentas final TTMM menyaksikan Hadie menunjukkan bakatnya menyanyi rap pula. Lagu dendangan asal penyanyi negara jiran Singapura, Taufik Batisah berjudul Awak Kat Mana menjadi taruhan Hadie.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Hadie semalam. Tampil dengan busana berwarna biru putih, tema yang dipilih oleh Hadie dan Ina sesuai dengan lagu. Hadie sangat lincah menari di atas pentas dan ianya mendapat sorakan daripada penonton di MBSA.

Cara Hadie rap juga mendapat pujian daripada warganet. Sangat jelas sebutan Hadie, inilah kekuatan Hadie selain suaranya yang maskulin itu. Sebutan, pitching Hadie sering dikatakan on point dan tidak sumbang. Datuk Syafinaz yang hadir sebagai juri jemputan juga memuji suara Hadie dan progress yang ditunjukkan sepanjang TTMM ini.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Hadie nyanyi rap best gila.. meremang bulu roma tgk hadie mlm ni. tok nazzzz pn puji hadie.. jarang toknaz nak puji peserta lagi dia bukan artis yg biasa dia nyanyi.. “
” Memang power Hadie mlm ni. rap pn clear suara..bestt oiiii… Hadi dua² lagu best malam ni.. mggu dpn lak kena tgk grand final.. “
” Trust me, akan ada komposer yg buat lagu untuk dia lepas program ni.. hope dpt komposer dri FT, Hazama, Tomok.. maybe Ajai.. x lupa juga komposer dri nasyid.. moga berjaya lepas ni HADIE.. “
” Juara ni.. ni baru betul dr zero to hero.. moga Allah takdirkan Hadie Juara mlm ni.. Hadie dah membuktikan dia ada bakat yg besar.. “
” Hadie nyanyi lagu ni lagi clear word dia banding penyanyi asal.. Klu tak juara xtau nak kata.. Semua genre dia kaut.. “
” Nampak pro lah Hadie. Tahniah. Peningkatan persembahan paling tinggi. Bukan senang menghidupkan lagu ini tanpa kreativiti dan keyakinan diri.. “
” Macam tak caya wehh ni Hadie yg sntiasa menang dihati kita tu.. btul² zero to hero.. pncapaian yg drastik.. smoga mlangkah jauh ank soleh.. “
Persembahan yang cukup memukau dan menghiburkan semua penonton di MBSA. Siapa sangka Hadie boleh menjadi hebat ke tahap ini. Dari zero to hero, Hadie sudah pun memenangi hati ramai orang. Semoga Hadie dapat membuat persembahan terbaik untuk Grand Finale pada minggu hadapan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG f8buzz, IG Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti23 hours ago Artis / Selebriti23 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
