Artis / Selebriti
” Macam suara Ayden lah, comel Bella.. ” – Netizen
Video Klip Nyanyian Bella Astillah Ketika Kecil Bersama Adiknya, Didi Astillah Raih Perhatian Ramai. Eh, Ramai Kata Suara Bella Ni Sebijik Suara Anak Sulungnya, Ayden Adrean. Comel Betul Suara Serak-Serak Basah Tu !!
Pastinya ramai mengetahui kerjaya seni Bella Astillah bermula sejak dari kecil lagi. Bella ada merakamkan sebuah album kanak-kanak yang dikenali sebagai Anak-Anak Mutiara bersama adiknya, Didi Astillah.
Banyak lagu kanak-kanak yang dirakamkan oleh Bella bersama adiknya itu namun tidak ramai yang menyedari akan kerjaya seni Bella ketika kecil. Dalam satu akaun Instagram, ada dikongsikan sedikit sedutan video lagu kanak-kanak nyanyian Bella bersama Didi.
Wajah Bella tidak banyak berubah sejak dari kecil sehinggalah meningkat dewasa. Bella tetap comel sehingga kini. Tetapi ramai yang menyatakan wajah Bella ketika kecil ini sangat seiras dengan wajah anak lelaki Bella iaitu Ayden Adrean.

Malah suara Ayden juga sangat sama dengan suara Bella ketika kecil. Kedua-duanya memiliki suara serak-serak basah. Perkongsian video ini telah menerima lebih daripada 9 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tom tombak maakyung didi ni la anak2 sy dok nyanyi main tu.. lahhh.. diorg ke ?.. alaaa.. terasa tuanya bila tngok vdeo klip ni.. “
” Ayden Di situ SBB ayden iras Bella.. ohh patut la suara ayden serak.. Mcm suara ayden haha comell bellaastillah.. “
” Suara adik beradik serak, tu yg anak pun suara serak comel jee.. Mcm suara Ayden lah.. sebijik muka ayden .. “
” Alaa..dulu ada CD lagi2 ni… mana peginyaaa dahhhh…. Bella rupanyaa yaa.. Comeynya tak berubah sampai besar.. “
” Muka bella awat mcm muka aku time kecik sebijik nyah.. kite ada CD ni dulu selalu pasang sampai rosak bercalar balar.. “
” Serius dulu ingt time tgk vcd.. ank cina mana nyanyi sebab mcm pelat org cina nak ckp melayu.. haa gitula.. “
” Dgr suara ni.. tbyg lagu diari ramadhan rafiq.. tak silap dia jgak nyanyi lagu ni.. Suara bella mcm ayden skrg la.. “
Comel sangat Bella ketika kecil bersama adiknya itu. Video Bella ini pastinya seronok jika Bella menayangkan semula kepada anak-anaknya. Jika Ayden menyanyikan semula pastinya kedengaran sama seperti suara Bella ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bella Astillah, Terkiniviralmy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

