Artis / Selebriti
” Macam kembar tak ? Rasanya jarang sekali saya tunjukkan adik saya yang ni.. ” – Dato’ Aliff Syukri
Muatnaik gambar bersama adik lelakinya, perkongsian Dato’ Aliff Syukri raih perhatian ramai. Wah handsome dan manis adik Dato’ Aliff. Ramai yang kata raut wajah sama. Sempat lagi Dato’ Aliff promote adik cakap masih bujang, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram Dato’ Aliff Syukri, perkongsian terbaru Dato’ Aliff telah meraih perhatian ramai. Dato’ Aliff telah memuat naik sekeping gambar bersama adik lelakinya yang bernama Mohd Aliff Najmi bin Kamarzaman yang kini berusia 28 tahun.
Dato’ Aliff sempat lagi mempromosikan adiknya ini dengan menyatakan Najmi masih lagi bujang. Dato’ Aliff jarang menunjukkan wajah adik lelakinya ini di media sosial dan tidak salah rasanya sesekali Dato’ Aliff memuatnaik di Instagram.
Ramai menyatakan wajah Dato’ Aliff dan Najmi nampak seiras dan hanya berbeza daripada warna kulit. Ini kerana Dato’ Aliff nampak lebih cerah daripada adiknya. Kalau sudah namanya adik beradik, pastinya raut wajah tidak banyak perbezaannya.

Perkongsian gambar ini telah menerima lebih lima ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Menurut Dato’ Aliff, ketika waktu kecil Dato’ Aliff sering kali menjaga adiknya ini ketika ibu mereka pergi berniaga.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Boleh lah dato.. saya pun single.. kalau boleh tahun depan beraya Sama Kita… kirimsalam adik dato yer… Berapa orang adik beradik Dato.. “
” Raut wajah sama dgn dato.. tp beza dato kaya.. adik tu sprt org biasa shj.. alhamdulillah.. dato x lupa adik² yg susah.. “
” Dato dan typo berpisah tiada… Fhm2 je la ape dato taip.. Kiri muka org bandar.. kanan muka org kg.. Dato kan 2 beradik jer yg seibu sebapa.. “
” Lebih kurang je muka. Tp dato lebih handsome la mungkin sbb dato dah tak singil. Boleh jadi duta dato ni.. mana thu meletup hehehe.. “
” Muka lain la.. Dato byk muka Bonda Rozita.. adik Dato lain ibu.. ikut muka ayah Dato. Anak dgn arwah abah kandung dato tu.. klu perempuan dato blh jd wali.. “
” Dua tiga kucing berlari … mana kan nak sama si kucing belang … dua tiga sudah ku tatapi … mana nak sama Si Dato’ Alip Syukri seorang … !!! Juara bertahan Dato’ .. “
” Masih Single dato Penin saya duk pk apa tu SINGIL , Isshhh Dato niii , btw sapa yg nak belajar bahasa cina saya tak pon kat mana .. “
Dato’ Aliff mempunyai adik beradik yang ramai dan tetap mengingati adik-beradiknya walaupun kini sudah berjaya. Mungkin selepas ini ramailah wanita di luar sana yang teringin menjadi adik ipar Dato’ Aliff kerana Najmi masih bujang dan kacak orangnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aliffsyukri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

