Artis / Selebriti
” Macam Beyonce dan Shakira, sama-sama pandai menyanyi dan menari.. ” – Komen Netizen
Video Stacy dan Mimi Fly bergabung menyanyi lagu Angkat di Konsert MeleToP TVS raih pujian ramai. Fuhh lain terus lagu Angkat ni bila Stacy dan Mimi nyanyi, gandingan yang padu. Betul-betul gempak dan meletop..
Semalam telah berlangsungnya Konsert MeleTOP TVS di Stadium Bandaraya Miri, Sarawak dengan jayanya. Ribuan penonton hadir membanjiri stadium tersebut bagi menyaksikan persembahan seni, budaya dan muzik dari seluruh Malaysia.
Meninjau di akaun Instagram rasmi radio Era Sarawak, telah dikongsikan video yang memaparkan persembahan daripada Mimi Fly bersama Stacy. Menerusi video itu, dua penyanyi ini bergabung menyanyikan lagu bertajuk Angkat iaitu lagu Mimi sendiri.
Perkongsian video itu telah mendapat perhatian warganet. Ramai yang memuji persembahan Mimi dan Stacy dan mengatakan gabungan Mimi dan Stacy sudah seperti penyanyi Beyonce dan Shakira. Sehingga kini, video tersebut telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet.

Selain Mimi dan Stacy, artis lain yang membuat persembahan termasuklah Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Nadeera Zaini, Marsha Milan, Hafiz Suip, Floor 88 & Namie, Dolla, Sada Borneo, Dion Das, Francisca Luhong, Hairee Francis, Wani Kayrie dan Noki.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” The superb combo, fuhh meletop.. Stacy tak perlu goyang banyak pun, movement dance tetap killer.. Meletop bahhhh.. “
” Ni dua bergabung meledakkkk.. Dia mcm colab Beyonce dan Shakira.. Cam tu ah.. Sama² pandai menyanyi dan menari.. Masing² ada kelebihan sendiri.. “
” Tahun ni tahun mimiflyyy boleh menang bintang popular. Lagu² semua boleh masuk orang ramai, dan artis² lain pon banyak cover, dan mesra artis² lain siap ajak stacy nyangi sesama. Power.. “
” Love giler the combination.. Lain dari yang lain.. Kalau kedepan Mimi n Stacy ada lagu bersama mesti best lagu tu.. Sebab nampak memang masuk dua2 ni.. “
” Ni yg juri2 cakap “originality”. stacy nyanyi ikut cara dia.. Lurveee this duo.. Gabungan MANTAPPPP.. KebaBOOMMM.. “
” Hopefully pada masa akan dtg akan ada lagu kolaborasi Stacy & MimiFly.. Sesuai lah 2 org ni bergabung.. Suka sangat tengok.. “
” Memang gamat kalo dua ni duet kat Ajl. Hope mimi buat lagu angkat 2.0 kolab korang berdua confirm gempak arr.. “
Fuhh versi Mimi dan Stacy menyanyi lagu Angkat memang padu. Komen warganet lagi, Mimi dan Stacy mempunyai keserasian bersama ketika membuat persembahan dan berharap suatu hari nanti mereka berdua akan bekerjsama menghasilkan lagu duet.

Silakan SHARE..
Sumber : IG erasarawak, TikTok erasarawak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

