Artis / Selebriti
” Macam anak keluar dating kantoi dengan mak, terus jadi gagap Bella tak tau nak cakap apa, haha.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Bella Astillah dan YB Syed Saddiq kena terjah dengan Che Ta dan Dato’ Ziela Jalil buat ramai terhibur. Reaksi YB Saddiq dan Bella masa Che Ta wish selamat pengantin baru tu paling kelakar. Mesti terkejut kena terjah, haha..
Meninjau di akaun TikTok mulik stylefashionpv, telah dikongsikan video yang memaparkan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama YB Syed Saddiq berada di butik Ariani. Menerusi video pertama, kelihatan Bella dan YB Saddiq sedang mencari tudung yang sesuai untuk ibu YB Saddiq.
Makala video kedua pula memaparkan pelakon Che Ta dan Dato’ Ziela Jalil yang tiba-tiba datang ‘terjah’ bersapa Bella dan YB Saddiq. Kedengaran, Che Ta menyakat dengan memberikan ucapan ‘selamat pengantin baru’ kepada Bella dan YB Saddiq.
Mendengar ucapan yang dikatakan oleh Che Ta itu, terus Bella memberikan reaksi terkejut kerana tidak menyangka Che Ta dan Dato’ Ziela Jalil turut ada bersama di butik tersebut. Usik Che Ta lagi, kali ini mereka dapat menonton secara ‘live‘ pasangan ini sedang dating.

Perkongsian video-video itu telah menarik perhatian warganet. Ramai yang terhibur melihat reaksi Bella dan YB Saddiq apabila diusik oleh Che Ta dan Dato’ Ziela. Usik warganet, reaksi Bella sudah seperti seorang anak yang keluar dating dan ‘terkantoi’ dengan ibunya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@stylefashionpv BASS Shopping tudung Ariani untuk siapa tu? 🤭
@stylefashionpv Terus che ta tanya soalan maut 😂😂😂
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Terus malu-malu Bella dan YB bila Che Ta wish selamat pengantin baru, haha.. Kata-kata tu satu doakan Che Ta, hahahaaa.. “
” Bella slalunye spontan.. Tp terkejut sgt, trus kaku.. Comey.. YB kene biasa2kan dah kene terjah2 dgn kawan2 artis gini, hehehe.. “
” YB pun tunggu respon Bella klo kena usik.. YB pulak yg peramah lebih dgn rakan2 artis. Bella macam nak lari dah tu, terkejut.. “
” Bahaya klu dating kat sini, berdekah aku dengar ayat keluar daripada mulut YB, spontan betul tu.. Ni kalau tak jadi kahwin, satu malaysia angin ok.. “
” Adoii. Mcm org gilaa dh aku sengih sorang dalam ketee.. Tq Che Ta mewakili kami geng yang sangat berharap dorang berkahwin, haha.. “
” Ya Allah…. Satu malaysia memberi restu pada mereka berdua.. Allah… Kau permudahkan laa urusan mereka berdua ni, insyaallah semuanya akan baik-baik.. “
” Mcm anak kluar dating kantoi dgn mak, haha gagap Bella tak tau nk ckp apa. Nebes lah tu… Ss pulak gentlemen, reaction yg tak de reaction, win.. “
Paling sweet tengok apabila Dato’ Ziela berkata kita doakan yang baik-baik, terus Bella mengaminkan doa tersebut. Apa-apa pun, sama cantik sama padan tengok pasangan ini. Kalau benar mereka berdua ada jodoh, pastinya ramai yang tak sabar untuk melihat Bella dan YB Saddiq bersanding di atas pelamin.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok stylefashionpv
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti17 hours ago Artis / Selebriti17 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															
