Artis / Selebriti
” Luruhnya Bunga Cinta comes happy ending for them in reality.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Redza Rosli Telah Pun Selamat Mendirikan Rumahtangga Bersama Pilihan Hatinya. Sama Cantik Dan Sama Padan. Ramai Tak Sangka Dari Drama Ke Realiti !!
Meninjau ke akaun Instagram Astro Gempak, perkongsian sebuah video yang memaparkan pelakon Redza Rosli telah melangsungkan majlis pernikahannya pada hari ini telah meraih perhatian ramai. Ini kerana ramai tidak menyangkakan yang pelakon ini akan berkahwin.
Redza telah bernikah dengan pelakon Bella Hanna yang juga merupakan seorang pelakon. Malah mereka juga pernah berlakon bersama dalam drama bersiri di TV3 berjudul Luruhnya Bunga Cinta. Dalam drama tersebut Redza memegang watak sebagai Nuh, manakala Bella pula sebagai Aleen.
Bagaikan pinang yang dibelah dua, pasangan ini sangat cantik dengan persalinan pengantin berwarna putih. Perkahwinan mereka telah mengej0tkan para peminat kerana sebelum ini tiada sebarang kisah atau pun gosip mengenai mereka. Wah, pandai sungguh simpan rahsia.

Perkongsian video-video ini telah menerima ribuan tanda suka dalam masa beberapa jam sahaja ia dimuatnaik. Dengan sekali lafaz pasangan ini sudah pun bergelar sebagai pasangan suami dan isteri. Terserlah seri pengantin pada wajah Bella.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Rata-ratanya sangat suka akan pasangan ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Dari drama ke real, luruhnya bunga cinta comes happy ending for them in reality. Knp rasa mcm tgh berlakon ni redza Btw congrats both of you.. “
” Tahniah. X yah heboh2. Mcm ni bgus elak ain. Bella ni. Ex intern kat Tinker Studio kan. Sama batch ngn ahirine & aqid tu rasanya time tu.. “
” Wow tak da angin tak da ribut.. Alhamdulillah.congratulation both semoga Sampai ke jannah.. Yayyy Nuh kahwin dengan Aleen.. “
” Woww ni betul betul tiber, tahniah.. Dia slalu berlakon kahwin2, jadi tak tahu ni lakonan ke betul2.. Ini bukan drama kan? Omg my second crush lepas remy ishak .. “
” Tahniah redzarosli semoga berkekalan sehingga penghujung nyawa.. siapa perempuan nih? artis juga ke? muka cm mummy jebat pun ada.. “
” Alhamdulillah… Lebih baik mcm ni… Diam² boom! Terus ada majlis nikah kawen.. Mcm muka nabila exwife syanaz.. “
” Muka redza mcm mamu.. ni mamu junior la tahniah redza..selamat pengantin baru.. Dari pasangan dlm drama jdi pasangan real life alhamdulillah congratulations bang redza .. “
Sama cantik dan sama padan pasangan pengantin baru ini. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Redza Rosli dan Bella Hanna. Semoga bahtera perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga ke syurga dan dikurniakan cahaya mata. Amin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, REdza Rosli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
