Artis / Selebriti
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
Video lama tular kembali, mangsa nahas di Sungai Korok mempromosikan gerai roti canai milik mereka buat ramai rasa sebak. Part akhir tu memang gugur air mata..
Hari ini kita digemparkan dengan kejadian menyayat hati penemuan enam sekeluarga dalam sebuah kereta yang terjunam ke dalam Sungai Korok, Jitra, Kedah. Pasangan suami isteri tersebut iaitu Muhammad Azim Izzat dan Nurul Hidayah merupakan peniaga roti canai.
Sebelum ini mereka pernah mempromosikan gerai roti canai mereka di media sosial yang memaparkan suasana meriah dengan para pelanggan. Video tersebut dirakamkan pada tahun lepas dan hari ini telah kembali tular asbab kejadian tersebut.
Paling menyentuh hati apabila pasangan ini menyatakan mereka berniaga untuk meneruskan kehidupan dan bukanlah untuk menjadi kaya. Kata-kata tersebut menunjukkan pasangan ini sangat ikhlas dalam berniaga, namun takdir kehidupan mereka tiada siapa yang sangka.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Pastinya ramai pelanggan setia mereka akan merindui roti canai air tangan pasangan ini yang tiada lagi dijual selepas ini.
Jom tonton video di bawah :
@orangbisnes Cerita baru dari Orang Bisnes, pasangan manis, suami isteri, peniaga roti canai di Medan Selera Hospital Lama Alor Setar, Kedah.
Di ruangan komen, ramai yang rasa tersentuh apabila menonton video ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Lepas meninggal baru viral dia ajak orang ramai makan roti canai dia. Part dia meniaga untuk teruskan kehidupan terus jatih air mata.. “
” Ya Allah.. Syurgakanlah mereka sekeluarga tanpa hisab ya Allah.. Mesti ramai rindu roti canai deme. semoge dipermudahkan segala urusan untuk keluarga arwah…. “
” Allahuakhbar… Innalillahiwainnailaihirojiun… part dia cakap ‘janji dapat teruskan kehidupan…’ tu sedihnya.. Tengok video ni.. “
” Allah.. ckp pon merendah diri.. semoga Allah tempatkan dikalangan org beriman, di satukan didlam syurga Allah. smga ank sulung tu tabah, kuat.. “
” Kami berniaga nak meneruskan kehidupan. Ya Allah Engkau Rahmati 6 Sekeluarga ini. Ampunilah Dosanya. Berikanlah Syurga Firdausi buat mereka semuanya Amin2 Ya Allah.. “
” Si Suami org yang betul2 cari Nafkah utk keluarga,Keje pengawal keselamatan,tebar roti canai,”Kami meniaga utk teruskan hidup”..Allah…semoga Mereka semua ditempatkan dikalangan Orang beriman… “
” Setakat tu ja cerita kami, terima kasih sebab dengaq cerita kami. cerita akak sekeluarga satu Malaysia dah dengaq & doakan.. “
” Orang meniaga makan ni ada 2 jenis, 1 fokus nak kaya, 1 lagi cuma nak sambung kehidupan..kami yg kedua janji dpt teruskan kehidupan… Allah kak..akak sekeluarga dah kaya raya kt syurga.. “
Semuanya tinggal hanya kenangan. Kita hanya mampu merancang, namun segalanya telah ditentukan oleh Allah SWT. Semoga roh enam sekeluarga ini ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan dicucuri rahmat. Al Fatihah.

Silakan SHARE..
Sumber : TT Orangbisnes
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen

