Artis / Selebriti
” Leganya dengar jawapan Syafiq, clear akhirnya hubungan dia dengan Mimi.. ” – Komen Netizen
Video Jawapan Syafiq Kyle Apabila Ditanyakan Mengenai Status Hubungannya Sekarang Bersama Mimi Lana. Wah Serius Lah, Tunggu Masa Je Lah Ni Nak ‘Lock’ !!
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Era FM, telah dikongsikan video yang memaparkan Syafiq Kyle hadir ke konti Era sebagai tetamu untuk mempromosi filem terbarunya berjudul Takluk : Lahad Datu. Banyak persoalan yang diajukan kepada Syafiq termasuklah kisahnya dan pelakon Mimi Lana.
Sebagaimana yang semua tahu, Syafiq dan Mimi hampir berkahwin sebelum ini, Namun majlis mereka itu dibatalkan atas alasan yang tidak diberitahu kepada umum. Namun begitu, perhubungan mereka tetap baik kerana banyak projek usahasama antara mereka berdua.
Menerusi video ini, Pak Azad mengusik Syafiq dengan bertanyakan bilakan Syafiq ingin ‘menakluk’ Mimi. Syafiq begitu sporting menjawab pertanyaan oleh Pak Azad itu dan jawapannya membuatkan geng 3 Pagi Era tersenyum. Pandai Syafiq menyusun kata, khabar yang bakal menyenangkan hati peminat Syafiq dan Mimi.

Takluk sudah cuma belum ‘lock’ sahaja, itu yang dijawab oleh Syafiq. Mungkin masanya belum sampai dan Syafiq menyedari ramai yang mendoakan dirinya dan Mimi. Nabil juga antara yang selalu memberikan kata-kata semangat dan doa kepada Syafiq.
Jom tonton video di bawah :
@era.je Ala sweet jelah eh bila @azadsyaziraroses tanya bila nak takluk @missmimilana 😂 Jawapan Syafiq pun manis je eh!! Semoga dipermudahkan semua urusan 🫶🏻 #ERARadioNo1PalingLegit
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tolongh lah erk sape sape culik diorang ni pastu kawen kan je terus.. Semoga dipermudahkan urusan Syafiq dan mimi.. ”
” Tertakhluk pada terma dan syarat haha, lawak la sempat dia melawak. tunggu nk lock… semoga dipermudahkan dn segera disatukan.. kita doakan.. ”
” Aloo comel.. aminn ala suka lah diorang ni.. Ok la tu semoga dipermudahkan urusan.. tunggu masa jela ni nak lock.. ”
” Sweet nya Syafik Kyle ni.. tak sabar nak tengok Dorang kawin mesti meriah.. menanti sangat 2 orang sweet couple ni disatukan sebab love sangat.. ”
” Suka sangat Syafiq dan Mimi lana. Antara couple yang sejuk mata dan hati memandang.. Aku pulak yang senyum sorang tengok.. ”
” Leganya dengar jawapan Syafiq, clear akhirnya hubungan dia dengan mimi. Semoga dipermudahkan.. ”
” Yeaaaa happy news setelah buat kami terseksa sebelum ni.. confirm tak lock je lagi haha.. semoga cepat-cepat ke jinjang pelamin.. ”
Gembira hati para peminat Syafiq dan Mimi mendengar penjelasan oleh Syafiq itu. Mungkin tak lama lagi bakal ada khabar gembira daripada pasangan ini. Sama-sama kita doakan agar segala perancangan Syafiq dan Mimi berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, IG Syafiq Kyle
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Part 6 years tu adoi, tak boleh berhenti ketawa. Macam mana Ubai boleh tahan gelak, haha.. ” – Komen Netizen


