Artis / Selebriti
” Lawanya Che Ta, amboi sakan tiap-tiap tahun naik pelamin.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke- 7, Rozita Che Wan Kongsi Gambar Bersanding. Memang Cantik, Macam Pengantin Baru !!
Nama pelakon Rozita Che Wan semestinya dikenali ramai. Malah penampilan dirinya berfesyen sering kali mencur1 perhatian warga netizen. Meskipun sudah berusia 40-an, Rozita atau lebih gemar dikenali sebagai Che Ta kelihatan awet muda.
Che Ta yang telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Zain Saidin telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aaisyah Dhia Rania yang kini telah pun berusia 6 tahun. Menerusi perkahwinan pertamanya dahulu, Che Ta juga turut mempunyai dua orang anak lelaki yang sudah meningkat dewasa.
Terbaru, menerusi akaun Instagram Che Ta telah berkongsi ucapan sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke – 7. Turut dikongsikan Che Ta adalah gambar dirinya bersama suami yang berpakaian pengantin berwarna hijau sedang duduk bersanding.

Kongsi Che Ta pada satu postingnya, Che Ta mengimbau kenangan bercinta bersama suami ketika sama-sama berlakon dalam drama ‘ Kiah Pekasam’ pada 10 tahun lalu. Malah Che Ta juga menitipkan ucapan romantik buat Zain sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :
Tinjauan di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat pasangan ini. Malah mereka memuji akan kecantikan Che Ta mengenakan pakaian pengantin. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Selamat ulang tahun perkahwinan buat Rozita Che Wan dan suami, Zain, semoga kalian sentiasa bahagia bersama.. “
” 7 tahun dah kan, rasa mcm Che Ta baru ja kawen. Tahniah, selamat ulang tahun perkahwinan, semoga kekal hingga ke syurga.. “
” Cantik lah Che Ta, masih nmpk muda dan ayu, tak ada beza pun dengan Zain, awet muda betul Che Ta ni.. “
” Cantik baju sanding Che Ta pakai ni, nampak menyerlah, happy anniversary Che Ta dan Zain, moga anda kekal bahagia hingga ke anak cucu.. “
” Wah sweet ucapan Che Ta buat Zain, kenc1ng manis habis ni, bersemut skrin fon. Selamat ulang tahun perkahwinan Che Ta.. “
” Looks young & beautiful. Kalau bgtau umur Che Ta 25y kat org yg tak kenal, mesti depa pecaya. Congratulations, may you both be together forever and beyond.. “
” Congratulations, lawanya Che Ta, amboi sakan tiap-tiap tahun naik pelamin noh, semoga hangpa dua kekal bahagia.. “

Cantik dan manis, macam pengantin baru lah Che Ta dan Zain. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan buat Rozita Che Wan dan suami, Zain Saidin, semoga kalian terus kekal bahagia selamanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rozita Che Wan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti20 hours ago Artis / Selebriti20 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
