Artis / Selebriti
” Lawanya anak dara Anne ni. Si abang-abang pun handsome, sejuk mata memandang.. ” – Netizen
Video Datin Anne Ngasri Melawat Anak-Anaknya Yang Tinggal Di Asrama Raih Perhatian Warganet. Alahai Dah Besar Anak-Anak Anne, Cantik Dan Handsome Belaka. Masing-Masing Tinggi Lampai, Mama Juga Maintain Comel. Dah Macam Kakak Dengan Adik-Adik Je !!
Siapa tidak kenal dengan Datin Anne Ngasri, salah seorang anak Ngasri yang popular sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Abdul Warits, Abdul Wafri dan Nazharah Afroza adalah 3 orang cahayamata hasil perkahwinan pertama Datin Anne Ngasri bersama Abdul Wafi Hassan. Ketiga-tiganya kini sudah remaja dan dihantar ke sekolah berasrama.
Meninjau akaun Instagram Datin Anne Ngasri, telah dikongsikan beberapa buah posting yang memaparkan video Datin Anne melawat anak-anaknya ini. Warits bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan berada di tingkatan 5.
Datin Anne ke sekolah Warits sempena hari ibu bapa dan guru. Tinggi lampai hero Datin Anne yang ini sampai mendongak mama melihat Warits. Datin Anne kemudian bertemu Wafri dan Zara. Dua beradik ini juga menarik perhatian warganet.

Semakin besar, semakin manis wajah Zara dan ramai yang memuji kecantikan Zara itu. Wafri pun tidak kurang handsome, manis sekali senyumannya. Sweet sungguh melihat Datin Anne bersama anak-anaknya itu, seperti kakak dengan adik-adik sahaja.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian oleh Datin Anne ini. Ramai yang memuji kecomelan Anne dan anak-anaknya itu. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Tak…yang peliknya.. bila mak dia nk bsor2 tu xtau lahh haha.. musykil btull…mkin lma mkin muda ni.. ”
” Tak gaya lgsg cm mak2.. cm kakak je. ank2 lg tinggi.. Zara big girl dah. Tinggi dari mama dah. Mama je kecik tak besar2.. ”
” Cantek dan hensem anak2 Anne…masya Allah..manis mcm mama nye.. Anak anak dan ibu sama sama jer.. Awet muda sunguh datin.. Sama baya anak dan ibu hehe.. Semoga datin dan keluarga sihat dan di permudahkan urusan dunia dan akhirat.. ”
” Allah.. Sweetnya.. Kecik molek mama nya.. dh mcm kakak n adik.. Mama ngn anak2 cam sebaya je tp mamanya Comey sangt.. ”
” Lawanya anak dara anne. Anne mmg dr dulu lawa sampai sekarang awek muda sungguh. Alo la.. ni anak ke adik ni. mcm kawan kawan je. sweet 17 sokmo anne.. ”
” Cantik n hensem² adik² kakak… happy adik² bila kakak dia dtg melawat hehe.. Cantiknya zara sejuk mata memandang. Anak lelaki datin pun hensem.. ”
” Lawanya anak dara anne ni. si abang-abang pun handsome. sejuk mata memandang.. ni mama ke kakak ni, alahai awet muda sangat.. ”
” Tingginya macam galah abang. Dh besar anak bujang..tinggi dr mama .. cepat betul masa berlalu.. all the best for ur spm.. Mama dia comel sungguh..orang cakap girlfriend pun percaya tau.. ”

Bila anak-anak semua sudah remaja, tinggi anak daripada mama. Datin Anne kelihatan seperti kakak sahaja kepada anak-anaknya ini, awet muda sungguh. Apa-apa pun, semoga anak-anak Datin Anne ini mencapai kejayaan dalam pelajaran dan membanggakan seluruh keluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Anne Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


