Artis / Selebriti
” Lawaklah Amir, jujur betul dia..” – Netizen
Video Ketika Sesi Latihan Adik Amir Dan Putera Muhammad Buat Ramai Terhibur. Sekali Dah Macam Nak Tercekik Adik Amir Menyanyi, Terus Masing-Masing Laju Beri Bantuan. Siap Aksi Naruto Lagi, Haha !!
Meninjau ke akaun TikTok Putera Muhammad, perkongsian sebuah video yang memaparkan sesi latihan nyanyian bersama adik Amir telah meraih perhatian ramai. Adik Amir merupakan peserta The Choosen One yang mana Putera bertindak sebagai coach buat Amir.
Apa yang membuatkan ramai terhibur ialah gelagat adik Amir selepas selesai menyanyi kerana adik Amir segera mengurut lehernya. Hal ini membuatkan krew di sekeliling dan Putera terus kelam kabut kerana adik Amir dahagakan air.
Paling menghiburkan apabila kemunculan seorang lelaki dengan gaya seperti watak animasi Naruto berlari pantas untuk mendapatkan air. Wah, adik Amir sememangnya menerima layanan yang cukup baik daripada semua orang.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ada yang menyatakan adik Amir ini seorang yang agak kelakar walaupun wajahnya kadangkala agak serius .
Jom tonton video di bawah :
@puteramuhammad_ Hahahahaa amir amirrrr #TheChosenOne #AmirSisi #PuteraMuhammad
Di ruangan komen, ramai yang mula menyukai adik Amir dan juga Putera. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Dari big stage support Putera ,dpt tau pulak dia jadi coach the chosen one lpstu dpt pulak adik Amir,jd bertmbh² happy aku.. “
” Tq putera pilih adik amir…dgr suare dia mremang trus,,truskn usha adik amir.. putra bagi lah ilmu yg secukupnya kpd Amir.. “
” Tak tgk big stage..n tk kenal putra..sbb amir, Sy follow putra… bg voice putra Sy suka.. terbaik amir n putra.. Sape ulang byk kali kita geng.. “
” Muka serius…tp bila senyum power adik amir…suara mntap..semoga dipermudahkan segala urusan semua.. terbaik putera dan Amir,minat dengan diorang ni.. “
” Comelnya dia.. terima kasih kepada yang terlibat menjaga Amir ni…kami semua doakn semoga adik Amir dan Tim berjaya.. Lawaklah Amir, jujur betul dia..”
” Lawak juga budak ni.. cepat2 bagi air, idola kami haus tu.. harap adik ni berjaya dlm bidang pelajaran jgk.. aku terus follow putera ni… “
” Kelakar pun ada awk ni, baik kata jihan.. almak..kmunculan naruto shipuden lak ats pentas… pnyelamat adik amir n putra . kahkahkah.. adoihai… “
Maklumlah dah berlatih vokal dengan begitu lama pastinya akan berasa dahaga. Semoga adik Amir dapat membuat persembahan yang terbaik pada setiap minggu kerana semakin ramai yang meminati adik Amir. All the best.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Putera Muhammad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

