Artis / Selebriti
” Last-last anak-anak Bella sendiri yang bagi big hint. Menggelabah terus Didi, haha.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video anak Bella Astillah, Ara Adreanna tanpa sengaja membocorkan rahsia mengenai Bella dan YB Syed Saddiq ketika live bersama Didi Astillah buat peminat teruja. Terkejut sampai tak terkata Didi, tak sempat nak cover, haha..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Yaya Ween dan Scha.. a, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan gelagat anak Bella Astillah, Ara Adreanna ketika live bersama ibu saudaranya, Didi Astillah dan Aunty Cumi (kawan Didi dan Bella).
Sambil menjual lipgloss keluaran Bella, banyak yang diperbualkan oleh mereka. Ketika Didi bertanyakan kepada Ara berapa orang boyfriend yang dia ada, Ara spontan menjawab Uncle Danish dan Uncle Saddiq. Ianya mengundang ketawa Didi dan Cumi.
Selepas itu, ada yang bertanyakan dalam live itu di manakah Bella. Didi menanyakan soalan itu kepada Ara dan jawapan Ara membuatkan peminat BASS teruja. Selepas sedar Ara terkantoi sesuatu, ekpresi wajah Ara berubah. Bak komen warganet, wajah Ara itu seperti ada ‘subtittle’.

Ayden yang turut berada di hadapan Didi dan Ara cuba membantu adiknya itu tetapi Ayden juga tersasul menyebut sesuatu mengenai Bella dan YB Saddiq. Kali ini, berdekah ketawa Didi dan Cumi sehinggakan mereka tidak tahu bagaimana hendak menyusun kata-kata gara-gara Ara dan Ayden.
Jom tonton video di bawah :
@y4y4w33n Siapa boyfriend adik? “Uncle Danish dengan Uncle Saddiq” Ara 😆😆 #danishsuffian #fypシ゚ #letchumisandraj #didiastillah #vitaminBASS
@scha…..a Ara spill the tea.. mummy n uncle ada work kot #syedsaddiq #bellaastillah #BASS
@y4y4w33n Nda tahu kenapa merajuk pula si Ara #bellaastillah #vitaminBASS #didiastillah #letchumisandraj #fypシ゚
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Mummy dan papa, sampai sini blushing haha. malam ni teh ditumpahkan oleh ara diikuti oleh ayden.. sweet je ara panggil papa, ayden panggil daddy.. “
” Comel Jak Reaksi Muka Ara. Mungkin Dalam Hatinya “Aikk Betullah Apa Aku Cakap”. Ayden Nak Tolong Cover Tapi Tersasul Juga Panggil “Daddy” Sebelum Di Tukar Ke Uncle Saddiq.. Masyaallah Nampak Bahagia Sekali Ayden & Ara Dengan Kehadiran YB SS Dalam Hidup Mereka.. “
” Ara spill lagi ara bila papa nak kahwin dengan mummy ara? Hehe.. muka ara ada subtitle… kantoi yg buat team bass happy. tq ara & ayden.. “
” Ayden da sebut “DADDYYY” oopsss ttiba tukar ke uncl saddiq adoiiii haha.. approve habis.. semua terkantoi, aduii naa.. camtu je ara & ayden kantoi kan BASS.. “
” Ara panggil papa. Ayden panggil daddy.. Alamak mata dia seolah2 Terkantoi hehe.. didi tak sempat cover ara. budak budak tak pandai menipu hehe.. mcm tu je ara claim uncle saddiq mommy dia punya.. “
” Last last anak-anak Bella sendiri yang bagi big hint.. anak-anak Bella pun pandai tersasul. abang cuba nk cover tapi salah juga sbb keluar daddy dulu.. “
” Hihii comelllll sangattttttt la Ara ni.. terus Ayden cover… menggelabah terus Tita love & auntie Cumi.. ara cakap papa.. Ayden cakap daddy.. ok faham.. jln tegak mcm papa saddiq lah Ayden ara nie.. xde belok² dah.. deret terus.. xde sorok² dah.. “
Adui Ara dan Ayden, terkantoi rahsia mummy dan Uncle Saddiq. Yang penting Uncle Saddiq mommy Ara yang punya okey. Gembira warganet melihat betapa sayangnya Ara dan Ayden terhadap Uncle Saddiq mereka itu. Apa-apa pun, semoga segala urusan Bella dan YB Saddiq berjalan dengan lancar dan cepat-cepat ke jinjang pelamin.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Scha.. a, Tiktok Yaya Ween, IG Bella Astillah, ig mstaronline
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti20 hours ago Artis / Selebriti20 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
