Artis / Selebriti
” Lama saya tak dengar Bella namakan diri dia ‘saya’.. ” – YB Syed Saddiq
Video respon YB Syed Saddiq ketika Bella Astillah menggelarkan dirinya sebagai ‘saya’ ketika bercakap dengan YB Saddiq buat ramai terhibur. Laju je YB Saddiq tegur. Blushing teruk Bella dibuatnya, haha..
Bella Astillah yang kini bertugas sebagai salah seorang penyampai radio di Era FM bersiaran bersama geng 3 Pagi Era yang dianggotai oleh Nabil Ahmad, Pak Azad dan Radin. Setiap minggu, ada sahaja gelagat mereka di konti yang mencuit hati para pendengar.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era FM, satu video telah dimuat naik memaparkan geng 3 Pagi Era bersama Bella menghubungi YB Syed Saddiq. Perbualan mereka pada pagi itu berkisarkan topik sukan yang ingin mereka wakili sekiranya berpeluang mewakili Malaysia.
Seperti biasa, YB Saddiq menjawab setiap pertanyaan dengan tenang dan tersusun, sambil kekal sporting melayan kerenah team 3 Pagi Era. Ketika berbual dengan YB Saddiq, Bella menggelarkan dirinya menggunakan gelaran ‘saya’ dan ianya disedari oleh YB Saddiq. YB Saddiq lantas menegur Bella ketika mereka sedang bersiaran secara langsung.

Menurut YB Syed Saddiq, sudah lama Bella tidak menggunakan gelaran ‘saya’ ketika mereka berbual. Mendengar kata-kata itu, suasana di konti semakin gamat apabila Nabil dan Radin mula mengusik Bella tanpa henti. Radin sempat berseloroh mengatakan dia ternampak nama manja YB Syed Saddiq tertera di skrin telefon Bella. Tersipu-sipu malu Bella dibuatnya apabila terus disakat oleh rakan penyampainya itu.
Jom tonton video di bawah :
@bassforever1
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” YB sgt peka dan sensitif setiap butiran kata2 drp Bella. Ungkapan ‘saya’ pun YB cepat tangkapdan terasa dihatinya.. “
” Hahahaha YB ni kannnn. Dia nak spill tapi dia tetap nak skema haha.. Aku ni dah la tengah jaga kaunter tetibe sengih2 wei.. “
” Terlepas cakap lagi yb.. bella punya lah cover haha.. YB getting so funnier nowadays “oh lambat sgt nak breakfast”.. “
” Panggilan bella pada yb love or baby.. dia spill pastu taknak share.. minta2 la kantoi gak panggilan tu nti.. “
” Jadi bella menamakan diri dia cinta laa kann kalo xsaya.. erti nye sayang.. ehh ehh ehh Love. love… lovee.. “
” Daripda mngantuk bawak kreta terus celik n tersengih aku dgr yb dgn bella ni. Betul2 vitamin.. “
” Geram la esok dengan yb ni.. dia yang spill lepastu tak nak bgtaw abis-abis.. YB syedsaddiq ni dia sendiri mmg suka spill eh geram kita. bellaastillah punyalah cover.. “
” Aaa blushingnya, yb nakal eh.. Adoii YB.. terspill 80% SDH ni yb haha.. aish cuba teka apa panggilan diorang eh saya pun nak tahu ni.. “
YB Saddiq memang sengaja mengusik Bella, sampai blushing Bella dengan kata-kata YB Saddiq itu. Pastinya geng 3 Pagi sudah mengetahui panggilan manja Bella untuk YB Saddiq. Apa pun panggilannya, peminat BASS pastinya tidak sabar menantikan jika pasangan ini benar-benar disatukan satu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen


