Artis / Selebriti
” Laju je Che Semah nak siku ‘menantu’ Ibu Azizah. Kuat menyakat betul lah Kak Erma ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Erma Fatima ketika berjumpa dengan ibu Fattah Amin buat ramai terhibur. Amboi Erma, sempat lagi mengaku mak mertua. Geram je Che Semah tengok Erma. Nasib baik Erma tak kena siku dengan Che Semah, hehe..
Meninjau di akaun TikTok milik mummywira, telah dikongsikan video terbaru yang memaparkan telatah pengarah terkenal, Erma Fatima ketika bertemu ibu Fattah Amin di satu majlis. Menerusi video itu, turut ada bersama adalah ibu Erma iaitu Che Semah.
Pada awalnya, kelihatan Che Semah bersalaman bersama ibu Fattah, Puan Azizah. Selepas itu, Erma pula bersalaman dengan Puan Azizah dan Erma berkata ‘ ini ibu mertua i ‘ . Mendengar apa yang dikatakan oleh Erma, Che Semah seperti berkata sesuatu kepada Erma dan kedengaran ada yang ketawa melihat telatah Che Semah serta Erma.
Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet. Ramai yang mengatakan terhibur melihat cara Erma menyakat ibunya dan juga Puan Azizah. Seloroh warganet, Che Semah seperti sedang menahan geram melihat gelagat Erma.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima ratusan komen dan ditonton lebih ratusan ribu tontonan setakat artikel ini ditulis. Sebelum ini juga, ada video Erma mengusik ibu Fattah yang dikongsikan di media sosial. Erma turut berseloroh mengaku Fattah adalah tunangnya.
Tonton video di bawah ini :
@mummywira Alamak🤭🫣 #fyp @erma fatima
@mummywira Alhamdulillah tahniah @erma fatima 😍🕊️ #fyp
♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless)(1441321) – Ponetto
Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan perkongsian video ini dan pelbagai respon diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Kak Erma pegi jumpa mak mentua pun bawak laptop.. Mak mertua pun sama2 mcm nak cium tangan…. Menantu syurga ni, hehehe.. “
” Sy plg suka part kak Erma jumpa mak fattah.. Sy smpi cari2 Tau video pasal depa, kot2 ada lg yg Sy belum tgk.. Tak kering gusi.. Gelak sorg2 mcm ape dh.. “
” Wah wah.. Kemain bila depan mak mertua..Time mengarah.. Bergegar marikh.. Mak semah, muka mainkan peranan tuhh.. Mna 1 pilihan bamtah ni, confused la.. “
” Mak Semah mesti geram kat anak dia ni.. Tengah menahan amarah, tapi kena sabar, hahaha.. Kelakar betul perangai dua beranak ni.. “
” Baguslah masih mnjaga silaturahim, yg plng untung Fattah, temn sekerja sntiasa menemani, tunang pn ada, bakal isteri tak jadi pn ada.. “
” Laju je Che Semah nak siku ‘menantu’ Cik Azizah. Kuat menyakat betul lah Kak Erma ni, haha.. Kena bersilat dgn Mira ni.. “
” Lahhh ingat da putus lepas tunang & “rakan sekerja” bersayang iya sayang depan mata.. Sambung lagi rupanya eps ni, hehe.. “
Video kedua pula memaparkan majlis pertunangan anak Erma dan Erma sempat berseloroh seperti majlis tersebut adalah majlis pertunangannya. Apa-apa pun, ini hanyalah sekadar gurauan sahaja. Semoga yang menonton video-video ini juga turur akan terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok mummywira
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

