Artis / Selebriti
” Laju betul bacaan dia eh. Confident pulak tu, hebat lah Dariya.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Anak-Anak Sariyanti, Barr Al-Aliy, Baasit Al-Haq Dan Dariya Inara Membaca Doa Raih Perhatian Ramai. Wah Masing-Masing Dah Hafal Doa Lah. Si Abang Sampai Tertelan-Telan Air Liur. Dariya Pula Pandai Pendekkan Maksud, Hehe !!
Sariyanti nama yang cukup dikenali oleh ramai warganet. Isteri kepada pelawak Jep Sepahtu yang juga seorang pelakon ini kini bergelar surirumah dan menguruskan anak-anak sendiri. Sehingga kini, Sari sudahpun memiliki 5 orang anak iaitu 4 lelaki dan seorang perempuan.
Meninjau akaun Instagram Sariyanti, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak-anaknya, Barr Al-Aliy, Baasit Al-Haq dan Dariya Inara memperdengarkan bacaan doa yang sudah mereka hafal. Doanya adalah doa takut daripada azab neraka.
Baasit dengan muka selambanya membaca dengan yakin. Barr pula bacaan doanya sedikit berlagu sampai tertelan-telan air liur hendek menghabiskan bacaan. Dariya paling pantas dan laju bacaannya. Baru berapa tahun Dariya sudah pandai menghafal doa.

Sari bertanyakan kepada Dariya adakah dia memahami doa yang dihafalnya itu. Punya lah Dariya hendak cepat, sampai dipendekkan terus maksud doa. Pandai Sari mendidik anak-anaknya ini, dari kecil sudah diasuh supaya mengamalkan doa-doa yang bagus.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Sari ini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” SubhanAllah, comel dan bijak semuanya.. Cantik dan handsome anak-anak sariyanti ni. bijak mama, nak main phone kena baca doa dulu hehe.. ”
” Dariya makin comel, mata macam abah dia. bulat dan besar matanya tu. Good idea ni, nak main phone kena hafal doa.. ”
” Subhana Allah good mommy.. Adore you and your kids.. keep up the good parenting dear.. Dariya so good.. ”
” Ya Allah besar anak-anak kak Sari.. Amboi suara masing-masing, besar sangat dah.. pandai dah hafal doa ye.. ”
” Terbaik mommy, love tengok anak-anak Sari. Alhamdulillah semoga anak-anak ini dilindungi oleh Allah swt.. ”
” Amboi lancarnya bacaan doa Dariya.. bagus lah dia, kita pun tak hafal tau doa ni.. mintak baca surah Al Mulk pulak dengan Alfatihah lepas ni eh.. ”
” Alhamdulillah steady lah anak-anak Sari ni.. bagus semua lagi-lagi si Dariya tu. Laju betul bacaan dia eh.. confident pulak tu, hebat lah.. ”
Alhamdulillah sejuk mata melihat kepandaian anak-anak Sari ini. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Doa pendek-pendek dahulu, selepas ini boleh lah menjadi penghafal Al-Quran. Semoga anak-anak Sari ini sentiasa dilindungi Allah dan menjadi anak yang soleh dan solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sariyanti
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti17 hours ago Artis / Selebriti17 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 



 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
