Artis / Selebriti
” Lah mak Salmah, ingatkan duk diam je. Rupanya hebat, lincah sangat.. ” – Komen Netizen
Fasha Sandha kongsi video Serumpun Challenge bersama Siti Sairah, Rita Sosilawati dan ibu Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Mak Salmah buat ramai terhibur. Wah hebatlah Mak Salmah, semua step Mak Salmah hafal. Komen Tokti pun kelakar. Menangis Tokti tengok Mak Salmah, hehe..
Pelbagai trend sedang viral di Tiktok sekarang dan salah satunya Serumpun Challenge. Lagu raya baru nyanyian Mimi Fly itu menjadi siulan dan ramai yang cuba mengikut rentak dan gaya tarian Mimi dalam music video lagu raya tersebut. Ramai juga di kalangan rakan selebriti yang turut membuat challenge ini.
Meninjau perkongsian di akaun Instagram Fasha Sandha, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Fasha Sandha bersama rakan baiknya, Siti Sairah dan Rita Sosilawati mencuba melakukan challenge ini. Menariknya ianya turut disertai oleh ibu kepada biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Mak Salmah.
Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat Mak Salmah sangat performed dan menghafal semua step tarian dengan baik. Ramai yang tidak menyangka Mak Salmah sebegini sporting. Comel sahaja melihat Mak Salmah menggerakkan tangannya.

Ramai yang memuji Mak Salmah yang tidak sombong dan boleh mengikuti trend anak-anak muda. Terhibur warganet melihat gerakan Mak Salmah dan yang lain. Tidak jemu, malah ramai yang mengulang-ulang menonton video ini untuk melihat kelincahan Mak Salmah.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Rajinnya you fashasandha geng i pun try buat jugak, i cuma sempat join untuk 2 – 3 part aja haha.. “
” Comel je mak salmah ni.. cute sangat mak salmah.. mak iti tolong ke tepi sikit.. sy nk tengok mak salmah mendonia ni hehe.. “
” Kalah kita muda muda ni, mak salmah lagi comel.. saya ulang ulang tengok mak salmah punya pasal.. “
” Ok mak salmah win hahah.. korang je yang lalai…. mak salmah dah lama practice.. comel sangat mak salmah.. lincah sangat.. “
” Weh mak salmah, didnt expect. terkejut tgok hahaha sharp plak tu .. dia start menari tu kita tak tgok org lain dah.. “
” Lahhh mak Salmah, ingatkan dok diam je. Rupanya hebatt.. Malunya aku…. mak salmah lagi terer dari aku.. “
” Hahaha comelnyaaa semuaaaa.. lagi lagi mak salmah. Sporting sungguh.. terernya mak salmah hihi.. “
DS Siti juga turut teruja melihat telatah ibunda tersayang :

Sporting sungguh Mak Salmah, smooth sahaja pergerakan Mak Salmah seperti sudah banyak kali latihan dibuatnya. Kali ini anak-anak semua kalah, Mak Salmah juara. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fasha Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

