Artis / Selebriti
” Lagu favourite zaman sekolah menengah dulu ni. Kini dalam versi ilmiah.. ” – Komen Netizen
Video kumpulan UNIC menyanyi lagu My Love yang dipopularkan oleh kumpulan Weslife dalam versi selawat raih perhatian ramai. Wah kreatifnya, sedap sungguh lagu ni bila diubah ke versi islamik. Video clip pun menarik..
Meninjau ke akaun Instagram Unic Official, perkongsian sebuah video yang memaparkan kumpulan ini menyanyikan lagu kumpulan Weslife berjudul My Love telah meraih perhatian ramai. Apa yang menarik mereka menukarkan kepada versi selawat.
Menggunakan rentak muzik yang sama, namun diubah pada bahagian lirik dan bahasa, lagu ini cukup sedap didengar. Tambahan pula bagi peminat kumpulan Weslife yang popular sekitar tahun 90 an pastinya sangat mengimbau kenangan apabila mendengar lagu ini.
Apabila lagu ini dinyanyikan dalam versi selawat, dalam masa yang sama ia dapat menarik minat anak muda untuk mendengarkannya. Inilah yang dinamakan sangat kreatif kerana tidak terfikir yang lagu ini juga sedap dalam versi islamik.

Perkongsian video ini telah menerima lebih enam ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ada juga yang mencadangkan agar kumpulan UNIC cuba menyanyikan lagu kumpulan Weslife yang lain pula dalam versi islamik.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang suka lagu ini dalam versi UNIC. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” First time dengar lagu cover ni masa UNIC jadi mutawwif umrah untuk jemaah Malaysia few years ago, kan? Next uptown girl pulakk.. “
” MasyaAllah Tabarakallah Allahumma Solliala Sayyidina Muhammad .. Besttnyaaa meremang roma terbaik.. Suaranya masih spt th 2004 barakallahu fiikum.. “
” Suaranya masih Istiqomah,,,,salam dari fans berat nasyid Malaysia .MasyaAllah, lagu feb zaman sekolah menengah dulu ni. Kini dlm versi ilmiah. New fav .. “
” Sblm ni Unic pernah buat cover lagu ni kn .. yg ada video2 UNIC pg Umrah tu kn .. Waa kreatif love version islamik ni juga.. “
” Blh dah simpan dlm playlist utk d dgr tiap pagi waktu kerja.. Lagu kesukaan saya diubah suai sedap di dengar dan kreatif.. “
” Dah macam westlife malaysia hahahaha.. alhamdulillah.. kluar dah lagu ni.. best²… Saya doakan UNIC sentiasa maju jaya & kreatif dlm berkarya.. Tahniah UNIC.. “
” Wey sedapnya masuk list pasang masa kenduri nnt .. Ini kalau pasang kat kete, kawan non-muslim tejut. Bunyi sama tapi kenapa lain lirik gituh.. “

Wah, memang sedap didengar lagu ini. Dah macam kumpulan Weslife versi Malaysia pula. Malah klip video mereka juga agak menarik untuk ditonton. Semoga kumpulan UNIC tidak jemu berkarya dan dalam masa yang sama turut berdakwah.
Jom tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG dan Youtube Unicofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


