Artis / Selebriti
” Krem perut aku tengok si Atu ni. Penat gelak dari awal sampai habis game.. ” – Netizen
Video Gelagat Atu Zero Di Gelanggang Tepok Bulu 2023 Buat Ramai Terhibur. Nak Main Badminton Ke Nak Masuk Akademi Fantasia Tu Atu. Siap Dengan Beg Luggage Lagi Diusung. Part Atu Sikat Rambut Dan Pakai Bedak Tu Paling Kelakar, Berdekah Weh !!
Semalam telah berlangsungnya pertandingan Tepok Bulu 2023 yang dianjurkan oleh negara jiran, Indonesia. Pertandingan kali ini berbeza dengan tahun terdahulu yang mana ianya mengumpulkan barisan artis Indonesia melawan artis Malaysia untuk bermain badminton.
Meninjau akaun Tiktok velociraptor04, pimpaww dan kobeh988 telah dimuatnaik video suasana ketika pembukaan pertandingan semalam. Arya Saloka dan Ziva Magnolya mewakili team Indonesia, manakala Atu Zero dan Atita Haris mewakili team Malaysia untuk bergu campuran.
Suasana menjadi gamat ketika peserta masuk ke gelanggang kerana Atu menarik bagasi beroda. Beza betul dengan peserta lain yang membawa beg sukan kecil sahaja. Tidak itu sahaja, Atu membuat jenaka spontan yang bikin semua penonton dan team lawan ketawa melihatnya.

Atu juga sempat menyikat rambutnya yang menggerbang dan memakai bedak Carrier Junior di tangan. Lawak lah Atu, komen warganet tengok orang main badminton selalunya stress tetapi Atu buat perlawanan itu menjadi lawak. Gara-gara rambut, terlepas untuk smash bola, haha.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@kobeh988 AKU PENAT GELAK JE 😭😭 #fyp #badminton
@pimmpaw lawak bgt #atuzero #tepokbulu2023 #vindessport #istora #badminton
@velociraptor04 HAHAHAHAHHA mcm2 gaya 🤣 #tepokbulu2023 #atuzero #atitaharis #indonesia #malaysia #badminton #badmintonindonesia #badmintonmalaysia
Ribuan tanda suka telah pun dicatatkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh
” Bila pelawak kau suruh main badminton haha, memang berdekah lah tengok si Atu ni. klu aku atita mmg habis atu ni aku bebel. sak1t kepala layan komedi dia xhabis haha.. ”
” Si0tlah atu ni haha.. belum lagi kalau ada abang dia yang sulung tu, lagilah trouble maker haha.. Atu luggage terus dia bawak, dia ingat akademi fantasia ke haha.. ”
” Krem perut aku tengok si Atu ni haha.. dahh dia pelawak bantai disuruh main badminton mau tak haru hahha.. ”
” Sak1t perut aku, dia rembat bedak siapa pun tak tahu tu haha.. penat gelak weh dari awal sampai last game, Atu atu.. ”
” Ni belum masuk Melati lagi.. silap-silap dia bawak makeup haha.. Bila pelawak disuruh main badminton, ni lah jadinya. Tak function weh sikat tu haha.. ”
” Pakai bedak carrie junior lagi haha.. terbahak aku tengok si atu ni.. ni belum atu main bola. confirm banyak aksi akrobatik haha.. ”
” Atu ni another level ahhh.. raket dengan skat lagi function sikat dia haha.. Dri start dia msuk sampai dh nk habis game dia melawak.. ”
Adui lah Atu, memang dasar pelawak, pergi mana-mana pun lawak tu tak tinggal. Menjadi penghibur kepada semua penonton. Apa-apa pun, tahniah Atu kerana tetap memberikan persaingan yang sengit untuk wakil Indonesia. Maybe tahun depan jika terpilih lagi Atu tolong ikat rambut siap-siap okey, haha.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok velociraptor04, Tiktok pimpaww, Tiktok kobeh988
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman



