Artis / Selebriti
” Kita pula sedih tengok, but happy to see you guys in good relationship.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Sambut Hari Lahir anak bersama-sama, ramai puji sikap Nina Ismail Sabri dan bekas suaminya, Jovian Mandagie. Wah, dah besarlah Jeanelle Nika Mandagie, makin cantik. Part yang Jeanelle berlari peluk daddy dia tu sebak tengok..
Meninjau ke akaun Instagram Nina Ismail Sabri, perkongsian sebuah video yang memaparkan sambutan hari lahir anaknya, Jeanelle Nika Mandagie bersama Jovian Mandagie telah meraih perhatian ramai. Tahun ini genap usia Jeanelle tujuh tahun.
Apa yang menarik perhatian ramai ialah sikap Nina dan Jovian yang sama-sama menyambut hari lahir anak mereka walaupun sudah berpisah. Menurut Nina, tahun lepas Jovian tiada bersama untuk menyambut hari lahir Jeanelle kerana bekerja.
Sambutan tersebut diadakan di rumah Nina dan dapat dilihat Jeanelle sangat gembira dengan kehadiran bapanya. Mereka saling berpelukan dengan begitu erat. Walaupun pada tahun ini disambut dengan cara yang berbeza, namun kedua-dua mereka tetap meluangkan masa demi anak tersayang.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sikap Nina dan Jovian ini boleh dijadikan contoh buat pasangan di luar sana yang sudah berpisah. Anak akan merasakan keluarganya cukup lengkap.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji sikap Nina dan Jovian demi membahagiakan anak mereka. Antara komen-komen yang diberikan :
” Cry pulak masa nina kata what about me ?? And jovian looks like nk hugs juga them moga this co-parent will happily ever after with their own ways.. “
” Go world class model Jeanelle… happy birthday to you dear girl.. may all your path bless by Allah.. Semoga sehat dan happy selalu yaa syg.. “
” Happy birthday sayang cucu jidah yg paling cantik jumpa nanti malam yah sayang dan nina mama yg paling comel hehehhehe.. “
” So happy to see u both. Happy bday baby girl. Semoga jd anak solehah. Amin. Alamakkk kita plk tersedih dkt sini. Apa pon jadi, we deserve to be happy in our own way.. “
” Omg jeanelle is already 7 happiest birthday jeanelle!!! aunty min & uncle faiz loves you .. maybe sbb happy to see you guys in good relationship.. “
” Barokalloh fi umrik neengg,,sehat panjang umur,,jadi anak Solehah Jani kebanggaan,an orang tuaa,,do,a terbaik dari MK Eli,,bahagia dunia aherat.. “
” Salute with both of u ninaismailsabri jmandagie …The best family.. still have a good relationship for their lovely daughther.. “
Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke tujuh tahun buat Jeanelle Nika Mandagie. Semoga membesar menjadi seorang anak yang berjaya di dunia dan juga di akhirat serta sentiasa bahagia bersama ibu dan bapa. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nina Ismail Sabri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti14 hours ago Artis / Selebriti14 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
									 
									
