Artis / Selebriti
” Kita nak clearkan segalanya Mira.. ” – Fizi Ali
 
																								
												
												
											Video Fizi Ali bertanyakan kepada Amira Othman mengenai status hubungannya dengan Fattah Amin. Ini respon daripada Amira sendiri. Cuak Amira bila Fizi nak tanya soalan lagi, hehe..
Meninjau di akaun Instagram milik radio Hot FM, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan penyanyi Amira Othman hadir ke konti radio tersebut. Difahamkan, kehadiran Amira itu adalah untuk mempromosikan lagu terbarunya, Bila Nak Kahwin.
Selain mempromosikan lagunya, ada beberapa topik yang diborak oleh Amira bersama penyampai radio iaitu Fizi Ali. Menerusi video pertama, Fizi meminta Amira untuk berkongsi wallpaper telefonnya untuk mengetahui gambar apa yang diletakkan oleh Amira.
Manakala video kedua pula memaparkan Amira memberikan sedikit kata-kata mengenai jodoh. Namun, apa yang menarik adalah, Fizi Ali meminta Amira untuk menjelaskan status hubungannya bersama Fattah. Usik Fizi, dia mahu Amira untuk menjelaskan semuanya.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan menyukai caa Amira menjelaskan mengenai hubungannya itu. Selain itu, ada juga yang berharap semoga Amira dan Fattah akan berjodohan kerana mereka dikatakan sangat sepadan.
Tonton perkongsian video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Suka cara dia jawab, nampak professional untuk tuntutan kerja. Kalau yg menggelitis tu,mula2 dah tersenyum2 simpul macam something lah apa lah.. “
” Kejujuran dan keikhlasan dari hati ke hati.. Lurahan masing2 kenapa nak ambil pusing.. Hehehe tapi kita doakan moga2 ada jodoh mereka berdua.. “
” Fizi mcm tak puas hati jawapan tu kan.. Pastu buat version melodi pulak, hahahahaa.. Berdekah aku bila Amira cakap kita nk promot lagu, bukan Fattah, hehe.. “
” Suka nya tengok Amira ni, walaupun kenal melalui Fattah .Tapi tersngt soft spoken la awk humble terjatuh hati pulak. Sape la jejaka bertuah yg Allah kirim kn utk awk ek. Tak sbr nk tgk.. “
” Bijak Amira ni.. Cara jawab soalan tu nmpak org pandai.. Ada sesetengah retis tu merapu2 jawab soklan.. Tak bijak tak kelakar, ntah apa2 jwb soalan.. “
” Saling bntu membantu naikkan nama memasing la org kta.. Tp cute dedua malu2 kan ehh terkomen plak kakak.. Kalau ada jodoh pun apa salahnya kan.. “
” Ahhh atas urusan keje ye… Tp klu btl2 diorang berdua bercinta pun tak kesah la ekkk… Ok sgt2 kan, hehe sebab nampak memang sepadan.. “
Part Fizi ingin bertanya lagi soalan dekat Amira mencuit hati warganet, nampak Amira macam dah cuak. Apa-apa pun, sangat professional jawapan yang diberikan oleh Amira. Kita doakan yang baik-baik sahaja buat Amira dan Fattah, semoga apa jua urusan mereka sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG hotfm976
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
