Artis / Selebriti
” Kiah pekasam mini ke sis. Ni kompem ikut gaya cakap mak diaa.. “
Video Pesanan Stay At Home Daripada Aaisyah Dhia Rana Yang Menghiburkan. Gaya Cakap Dia, Amboiii Sikit Je Lagi Boleh Car4s Che Ta Ni !!
Digelar anak selebriti paling comel, wajah Aaisyah Dhia Rana semakin hari semakin terserlah kecantikannya. Anak kepada pasangan pelakon sama cantik sama padan, Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini sememangnya terkenal dan antara paling ramai pengikutnya.
Mewarisi kecantikan ibunya Che Ta dan wajah kacukan ayahnya Zain, wajah Aaisyah tidak pernah membos4nkan. Tidak hanya cantik, Aaisyah juga sudah mula menunjukkan kepetahannya berbahasa dan mengagumkan anak comel ini petah di dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan loghat utara.
Telatah dan gelagatnya yang sering dikongsikan di akaun Instagramnya sering mendapat like dan view tinggi daripada peminatnya. Sehingga kini, akaun Instagram Aaisyah sudahpun diikuti seramai 1.5 juta orang. Bukan hanya Che Ta tersohor, malah anak daranya ini juga sama naik popularitinya.

Menerusi akaun Instagram, Aaisyah Dhia Rana telah berkongsikan satu video yang memaparkan Aaisyah membuat pesanan dalam loghat Utara supaya semua yang mendengar tidak keluar daripada rumah sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Slang utaranya yang pekat itu bunyi sangat comel.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen memuji kehebatan Aaisyah bertutur di dalam loghat Utara ini. Antara komen-komen netizen:
” Kiah pekasam mini ke sis.. Macam pelat sikit agituu.. ”
” Pandai ceq cakap kedah ,cakap kl , speaking lah. Terbaik aisyahh comell sangatt.. “
” Terbaik loghat kedah.. “
” Tudia. Pekatnya loghat hang Aisyah.. “
” Ni kompem ikut gaya cakap mak diaa.. “
” Sempoi ecah cakap loghat utaqa noo.. “
” Terror na aishah cakap utagha… Cakap kl bole speaking london pon boleh.. “
Amboi dak Ecah ni, comel sangat gaya cakap loghat utara dia. Sikit lagi confirm boleh hanti Che Ta jadi Kiah Pekasam Junior. Comel sangat aiihh. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aaisyah sentiasa ceria dan gembira disamping keluarga tersayang. Aamin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aaisyah Dhia Rana by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ibu bukan main lagi menyakat. Lagi panas si Hadie dengar madah Sallman tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Macam mana SS layan Ina dulu, itu hasil yang dapat dilihat pada Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tengok YB pegang Ayden tu touching sangat, so caring.. ” – Komen Netizen


