Artis / Selebriti
” Kenapa boss cover-cover ye, kenapa muka merah yer, api dah tak ada.. ” – Staff PMW
 
																								
												
												
											Video Fattah Amin kelihatan seperti malu-malu ketika live bersama Amira Othman. Eh, macam cover-cover pulak Fattah bila Amira ada. Sampai blushing muka Fattah kena usik dengan Icha dengan staff PMW. Dan dan salahkan kambing, haha..
Meninjau ke akaun Tiktok Ixorra Design, perkongsian beberapa buah sedutan video ketika sesi live bersama Amira Othman semalam telah meraih perhatian ramai. Kedua-dua selebriti ini membuat sesi live untuk mempromosikan produk Pak Mat Western bersama staff Pak Mat Western, Icha.
Apa yang mencuri tumpuan ramai ialah gelagat Fattah yang nampak malu-malu ketika membuat live bersama Amira. Manakala, Amira pula biasa-biasa sahaja dan sentiasa sopan. Fattah juga ada memuji sikap sopan Amira terutamanya ketika berbicara.
Ketika itulah Icha mula mengusik Fattah sama ada untuk menerima Amira atau tidak. Disebabkan soalan itu, Fattah dilihat seolah-olah keliru dan seperti memikirkan perkara lain. Sempat lagi staff di sebalik kamera juga turut mengusik Fattah.

Perkongsian video ini telah menerima lebih puluhan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sebelum ini, Fattah ada menyatakan untuk mencari seorang wanita yang sopan untuk sama-sama membuat sesi live produk Pak Mat Western.
Jom tonton video di bawah :
@cikdiamond123 Part 2 : Live Fattah Amin dan Amira Othman. Boss Fattah cover2 dan muka merah2 😅😅 #fattahamin #amiraothman
@cikdiamond123 Part 3 : Live Fattah Amin dan Amira Othman. Muka Fattah blushing 🥰🥰 #fattahamin #amiraothman
@cikdiamond123 Part 4 : Live Fattah Amin & Amira Othman. Fattah puji Amira sopan, salahkan kambing muka merah 😊😊 #fattahamin #amiraothman
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Cantik laa Amira ni helokkk.. Memang mantap. Nampak fattah maluuu hahaha mira relax je. 80 kli ulang…icahh ponn comell jee dak tecik ni.. “
” Best gandingan fattah amira n icja ni.. Lawak betol icha ni.. best dgq boss ckp utara nnt amira plk kena bljq ckp utara.. “
” Icha tersangat function laaa.. main peranan betul Ica ni. sbb baik icha Ade pnyelamat. Icha win.. fattah Aminnn Dan Amira nak kawin yee.. “
” Dua2 pemalu.. yg Ica tuh pulak comel je blushing kt blkg. .. Eh eh saya pulak tersenyum, termalu… icha… btul2 random prngai die ye.. “
” Suka tgk amira dia tak gedik2 rileks je nampak sgt mahal. mira ni mmg jenis lembut la..behave je dia xde gelak kuat xde jerit2. character bagus.. “
” Icha suka menyampuk bos ckap,tp xpe elok jugak icha ada kat situ..function sgt.. Fattah nmpak mcm btl2 suka je kat amira ni.. mcm nk cuba nasib btl2 je ni.. “
” 1st tyme dalam hidup aku fokus betul2 pada live dan dengar sampai habis gilerrr ahhh.. cpt skit fattah ..jgn jauh sgt..nnti melepas.. “
Ramai peminat kedua-dua selebriti ini berharap hubungan mereka bukan sekadar marketing sahaja, namun lebih daripada itu. Kita doakan yang baik-baik sahaja buat Fattah Amin dan Amira Othman. Kalau sudah jodoh memang tidak akan ke mana.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ixorra Design
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
