Artis / Selebriti
” Kenapa aku menangis tengok diorang ni.. ” – Netizen
Video Moment-Moment Di Sebalik Tabir Dan Ketika Lakonan Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila dan Anak Mereka, Jebat Jayden Buat Warganet Tersentuh. Bak Kata Pak Mat, Doakan Mereka Bahagia Dengan Cara Tersendiri !!
Sekali pun ikatan perkahwinan antara Sharnaaz Ahmad dan Noornabila sudah lama berakhir, namun pasangan ini tetap bersahabat baik demi anak mereka, Jebat Jayden. Dalam ramai pasangan yang berpisah, Sharnaaz dan Nabila antara yang sering menjadi perhatian warganet.
Meninjau akaun Instagram Pakmatwesterncafe, telah dikongsikan satu video yang memaparkan aksi di sebalik tabir dan ketika Sharnaaz, Nabila dan Jebat berlakon bersama. Ini bukan lah kali pertama warganet melihat mereka bertiga dalam satu frame.
Kemesraan Sharnaaz dan Nabila membuatkan warganet yang menonton merasa gembira dan tumpang bahagia. Ramai juga yang meminta agar Baba dan Mummy Jebat ini kembali bersatu. Dek kerana terlalu banyak komen sebegini, Nabila tampil menjawab situasi sebenar.

Pada paparan video ini, ada ditunjukkan jawapan Nabila kepada semua agar mendoakan untuk Jebat sahaja. Tegas Nabila, dia dan Sharnaaz sudah pun ada kehidupan mereka sendiri. Pakmat juga ada menulis di ruangan kapsyen agar semua mendoakan Sharnaaz dan Nabila bahagia dengan cara mereka tersendiri.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kenapa aku nangis tengok dorang ni.. i suka tengok dorang ni dan kalau boleh nak dorang get back tapi tu la, mungkin tak akan terjadi kan.. sedihnya.. ”
” Kadang-kadang berkawan lebih baik dr kawin balik.. ade yg pasangan bercerai lg rapat utk jd kawan.. Sweetnya keluarga ni but apakan daya kita, Allah yg tentukan.. ”
” Suka sangat tengok depa tiga. Jebat cukup kasih sayang even mummy & baba dah berpisah. Contoh terbaik. Semoga Allah sentiasa merahmati.. ”
” Banyak-banyak artis pakmatwestern ambik , ni yang paling sya suka tengok .. terrasa bahagia pulak.. ”
” Beruntung nye kamu jebat…baba ngn mummy seabes baik buat kamu merasa ksh dn syg dgn cukup.. sgt matured diorng jga hubungn . hubungn seisi kluarga pon baik.. smga y baik2 tuk korang.. ”
” Tak salah berdoa moga berjodohan semula. Kun Fa ya kun.jika Allah izinkan. sebenarnya suka tgk shanaz & nabila even shanaz ade pilihan sendiri. untung jebat, kasih syg tu still sama.. ”
” Ni la d katekan. Lebih serasi bile berkawan bkn berpasangan. Ape pun dah jd parents trbaik bt jebat.. Honestly they should just get back together.. ”
Sesungguhnya Allah telah aturkan yang terbaik untuk Sharnaaz, Nabila dan Jebat. Yang merasai bahagia itu mereka dan kita yang melihat doakan sahaja yang terbaik untuk mereka bertiga. Semoga hari-hari mendatang dipermudahkan dan hubungan baik ini berkekalan sampai bila-bila.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Pakmatwestern
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen



