Artis / Selebriti
” Kemain dengung sayyyyang dia. So cute Seth.. ” – Komen Netizen
Shila Amzah kongsi pesanan voice iMessage yang dihantar oleh anaknya, Seth buat ramai terhibur. Kelakar lah Seth panggil mama dia ‘sayang’, lain macam sebutan Seth tu. Mesti tiru Papa Ubai ni, hehe..
Bagi yang mengikuti perkembangan penyanyi terkenal, Shila Amzah pasti mengetahui yang Shila sering berkongsi telatah anak sulungnya, Seth Uwais. Bukan itu sahaja, video mengenai Seth turut mengudang tawa warganet kerana begitu terhibur menonton telatahnya.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Shila, telah dikongsikan satu video terbaru mengenai Seth. Menerusi video itu, Seth menghantar voice iMessage kepada Shila. Kedengaran Seth memanggil Shila dengan panggilan ‘sayang’ dan meminta Shila untuk cepat pulang ke rumah.
Seloroh Shila di ruangan kapsyen mengatakan, baru satu hari Seth belajar menggunakan iMessage sudah menjadi seperti ini sedangkan Shila hanya keluar sekejap membeli barangan dapur sahaja. Perkongsian oleh Shila itu turut menarik perhatian warganet.

Ramai yang terhibur mendengar suara Seth ketika bercakap dan menyakat cara Seth bercakap sudah seperti cara papanya, Ubai. Sehingga kini, video Shila mengenai Seth itu telah menerima ribuan tanda suka serta ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Shila ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Kemain dengung sayyyang dia.. So cute lah Seth.. Habislah.. He’ gonna spam chat mulai harini, hahaha.. Geram dengar dia cakap.. “
” Syahduuu ekkkk sayangggg dia.. Nasib gi beli groceries dekat ja.. Kalau kt oversea niiii.. She beli tiket balikkk sekarang juga.. “
” Bergegauuu iman.. Romantik betul lah awak Seth.. Mesti selalu dengar papa dia cakap macam tu kan, kan, hahaha.. “
” Perangai papa ni.. Hahahaha btw cair dengar dia sebut sayang tu… Haisshhhh hero mama betul ni.. Sayang sangat dengan mamanya.. “
” Omg so cuteeee Sethyyyyy.. Cara dia sebut sayanggg tu.. Alaaaaaa melting betul auntieee dengar sayanggg.. Hehehe bijak Seth ni.. “
” Mesti Sethy tiru cara papa bercakap dengan mama ni.. So comel lah.. Cukup dengung qalqalah harkat sume lah, hehe.. “
” Papa yang ajar kan, hahahaha.. Such a sweet boy lah Sethy ni.. Sayang dia tu berdengung betul yer, hehe.. “
Alahai patut ramai yang terhibur mendengar suara Seth bercakap, sweet sangat suara Seth. Lagi-lagi part Seth panggil ‘sayang’ tu. Apa-apa pun, semoga Seth terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat mama dan papanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shahilaamzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

