Artis / Selebriti
” Kawan dah seram sejuk nak nikah, kena pulak prank baca surah. Mahu tak goyang, haha.. ” – Komen Netizen
Video Radin cuba prank Syafiq Kyle sebelum akad nikah buat ramai terhibur. Cuak terus muka Syafiq bila Radin cakap tok kadi suruh baca surah Al-Baqarah masa akad nikah. Nak baca surah An-Nas je katanya, hehe..
Umum mengetahui, semalam pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana telah selamat mendirikan rumahtangga. Perkongsian khabar gembira itu telah dikongsikan sendiri oleh Mimi dan Syafiq di akaun Instagram mereka masing-masing serta ianya meraih perhatian ramai.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram imantang75, telah dikongsikan video yang memaparkan Syafiq sebelum berlangsung majlis akad nikah. Menerusi video itu, Radin cuba prank Syafiq dengan berkata, tok kadi mahu Syafiq membaca satu surah.
Bahkan usik Radin lagi, antara surah yang menjadi pilihan adalah surah Al Baqarah. Mendengar apa yang dikatakan oleh Radin, terus Syafiq memberikan reaksi terkejut. Kata Syafiq, surah yang akan dibacanya adalah surah An-Nas. Pada akhirnya, Radin memberitahu dia hanya mahu prank Syafiq sahaja.

Perkongsian video tersebut telah mengundang tawa warganet. Ada yang mengatakan terhibur melihat reaksi wajah Syafiq ketika Radin cuba prank dirinya. Selain itu, komen warganet lagi, minta Syafiq untuk prank Radin ketika majlis nikahnya nanti pula. Sehingga kini, video tersebut menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian tersebut dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kawan dah seram sejuk nak nikah, kena baca surah pulak. Mahu tak goyang, haha.. Kau tunggu Radin, masa kau nanti pun akan tiba, haha.. “
” Kan pernah jadi ustaz dalam Nur.. Akad aje dah bagi ketar lutut…Lagi tambah Al-Mulk. Nasib baek pengantin tak hilangkan diri.. “
” Berubah muka member.. Dah ler nervous, kawan pula prank, hahaaha.. Nasib tak pengsan sebelum akad nikah, hahahaha.. “
” Kesian Capik, hahahaa.. Dah lah nervous nak akad nikah, lepastu prank kena baca surah pulak.. Btw tahniha Capik & Mimi.. “
” Amboiii kalau kenakan org no 1 eh semua, member dh nervous tu.. Nakal betul Radin.. Awak tu jangan suka2, awak tak lepas lagi tu Radin, hehe.. “
” Syafiq. Nakal ni Raden ni, nak kena dia ni. Walaupun pandai baca, boleh menggigil tu nanti .. Last sekali, aku pun tertawa tengok, hahaa.. “
” Cuak kawan tu, hahaha.. Nasib lah dapat kawan suka menyakat, hahaa.. Syafiq, nanti Radin kawin prank Radin pula ok.. “
Pecah peluh dibuatnya Syafiq apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Radin. Kelakar sungguh Radin ini, sempat lagi menyakat orang nak nikah. Apa-apa pun, tahniah Syafiq kerana sudah selamat bergelar seorang suami. Semoga ikatan perkahwinan Syafiq dan Mimi akan berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG imantang75
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

