Artis / Selebriti
” Kami yang tengok TV ni cuak woo. Dah la jelas takde music. Power Leman band.. ” – Netizen
Video Reaksi Musician Belakang Pentas Ketika Jaclyn Victor Tertukar Lirik Lagu Sewaktu Persembahan All Stars Gegar Vaganza Buat Ramai Terhibur. Fuh Mahu Tak Terkej0t, Lain Yang Plan Lain Yang Jadi Ni. Tarik Nafas Panjang Masing-Masing, Haha !!
All Stars Gegar Vaganza baru sahaja memulakan siarannya beberapa hari yang lalu. Berbeza dengan musim sebelum ini, kali ini pesertanya adalah juara-juara dari musim 1 sehingga 9 dan 6 peserta hot seats bersaing untuk merebut gelaran juara. Salah seorangnya adalah juara Gegar Vaganza Musim 9, Jaclyn Victor.
Untuk minggu 1 dengan tema Kembali Menyengat, Jacklyn menyanyikan lagu Janji Manismu dendangan asal Dato Aishah. Meninjau akaun Instagram Pennbasschannel, telah dikongsikan satu video yang memaparkan situasi musician di belakang pentas.
Pasti penonton ada yang menyedari Jaclyn tertukar lirik pada part chorus. Menerusi video ini, dipaparkan part yang sepatutnya muzik dimainkan dan muzik stop. Lirik asal adalah ” ucapan cinta menghiris kalbu “, Tetapi Jaclyn menyanyi ” ucapan menghiris cinta kalbu.. “. Dato’ Ramli MS juga ada menegur Jaclyn semasa komen.

Terkejut musician dibuatnya, namun masing-masing sudah profesional dan cepat-cepat mengawal kekalutan. Nasib lah muzik yang dimainkan mengena dengan lirik Jaclyn, kalau tidak lagi kelam kabut jadinya. Dalam kalut, sempat lagi para pemuzik ini tergelak mengenang penyanyi pun boleh tertukar lirik.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 200 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Hahahha korang memang powerrrr nak tengok part hardy mirza pulak.. Macam detect sesomething jek hahah.. ”
” Lama saya tunggu Pen update pasal GV. Haha kami yg tgk tivi ni cuak woo, dh la jelas xde music. Power leman band. Muka penn mmg nmpk je dlm tivi.. ”
” Reharm lirik namanya haha.. Ini yang ditunggu-tunggu, sabar jelah pen haha.. ghisau eh, tetiba lirik lain haha.. ”
” Patut Tok Ram mar4h Jac salah lirik, musician punya cue rupanya hahah.. Time macam ni drummer memang kena pandai masuk tidak habis yg lain.. ”
” Hebatnya.. suka betul aku tengok Jenk ni.. Muka azim bila ada silap tu lucu hahah.. nasib tak kalut eh.. terketawa sama tgk gelagat korang ni.. ”
Kagum warganet dengan skill Leman band ni, masing-masing memang sangat alert. Standby punya standby, alih-terbalik liriknya. Apa-apa pun, Alhamdulillah masing-masing memainkan peranan dengan bagus dan membuatkan Gegar Vaganza berjalan dengan lancar.

Ini baru minggu pertama, banyak minggu lagi bakal ditempuh bersama para peserta. Banyak lagi lah video mencuit hati dan menarik yang akan Leman Band kongsikan nanti. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan sepanjang Gegar Vaganza berlangsung.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Pennbasschannel, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu bukan main lagi menyakat. Lagi panas si Hadie dengar madah Sallman tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen


