Artis / Selebriti
” Kami meremang sendiri macam mana Allah susunkan takdir untuknya.. ” – Sahabat Amira
 
																								
												
												
											Perkongsian sahabat baik Amira Othman, Nelly mengenai keperibadian Amira buat ramai tersentuh. Sebesar itu tawakal Amira untuk hidupnya, touching sungguh baca..
Majlis pernikahan Amira Othman dan Fattah Amin telah pun selesai dan hanya berbaki majlis resepsi mereka sahaja yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti. Pernikahan pasangan FattMira ini membuatkan ramai yang tumpang gembira dan sebak dalam masa yang sama, lebih-lebih lagi untuk kawan baik Amira yang bernama Nelly.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Nellysa.ainaa, telah dikongsikan beberapa keping gambar Nelly bersama Amira dan kawan-kawan mereka di atas pelamin sebagai gambar kenangan mereka bersama. Nelly turut berkongsikan satu kisah mengenai Amira yang mengusik hati warganet.
Ujar Nelly, kisah hidup Amira satu bukti takdir Allah untuk hambanya yang meletakkan seluruh hidupnya pada Allah. Antara mereka, Mira adalah yang terakhir berkahwin, namun Amira kekal tenang walaupun banyak ujian yang dilaluinya dalam perhubungan sebelum ini.

Dalam industri pula, Amira tetap kekal dengan pendiriannya mahu bersih dari sebarang kontroversi kerana Amira begitu yakin dengan rezeki yang ditentukan oleh Allah. Tersentuh hati warganet membaca luahan Nelly ini, betapa beruntungnya Nelly ada kawan baik seperti Amira. Fattah insan terpilih yang ditakdirkan untuk menjaga Amira.
Ikuti perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih hampir 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Masha Allah the sweetest friendship. Sedih sangat baca kapsyen tu. Betapa baiknya insan bernama Nadia Amira ni kan.. moga Allah satukan semuanya di syurga abadi.. “
” Masyallah tabarakallah.. semoga Fattah mendapat ‘Isteri Syurga’ yg dia idamkan dan semoga Amirah mendapat suami yg membawanya ke syurga. Dan semoga doa2 kita yg baik2 utk mrk berpaling ke kita juga, amiin amiin amiin. Selamat pengantin baru.. “
” “Wedding of the year, bukan sebab gah tapi sebab ramai yang mendoakan” .. Saya nangis ye baca caption.. He truly is the best of planners.. “
” Allahumma Barik semoga yg baik² juga buat kalian semua. Cantik² semua kawan² Amira Othman. Beruntung bilandiri dikelilingi dgn kawan² yg ingatkan dan dekatkan kita pada ALLAH.. “
” MasyaAllah tabarakAllah sebaknya baca caption.. semoga Allah sentiasa lindung dan rahmati ikatan persahabatan inI.. caption meaningful sangat.. “
” Setuju ayat ni.. bukan sbb gah tp ramai yg mendoakan.. harap fattahaminz jg amiraaothman sebaiknya jgn sia2 kan.. 1 Malaya syg Mira.. “
” I baca apa yang sis tulis pun meremang. Masha Allah Tabarakallah.. Cinta kerana Allah ssungguh Indah begitu la cinta Amira pd Fatah cinta yg abadi tulus ikhlas Dan abadi sahingga Akhir hayat smga Kita pn mmpunyai cinta yg abadi utk Allah & Rasullah saw. aamin2 Allah huma aamin wslm.. “
” Sedihnyaaa.. Sebaik itu dn seindah itu kata2 dia, seorg yg sntiasa brsngka baik dgn Allah.. Mira memang wanita kurniaan Allah untuk Fattah.. Keperibadian yang baik, moga kita pun dapat menjadi sebaik Mira.. “
Betapa Amira betul-betul menyerahkan takdirnya kepada Allah. Apa yang tertulis dalam takdirnya, Amira menerimanya dengan hati terbuka. Penantian dan kesabaran Amira, Allah mengurniakan seseorang yang boleh melengkapkan hidup Amira. Semoga bahtera rumahtangga Amira dan Fattah berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nellysa.ainaa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti20 hours ago Artis / Selebriti20 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
