Artis / Selebriti
” Kalau tak tengok nama tadi, dah ingat perempuan arab dah.. ” – Netizen
Video Penampilan Terbaru Nina Iskandar Curi Perhatian Ramai. Lainnya Nina Sekarang, Nampak Makin Cantik Lah Nina. Lama Tak Nampak Nina, Mesti Ramai Yang Rindu Nak Tengok Lakonan Nina !!
Masih ingat lagi tak dengan pelakon bernama Nina Iskandar ? Sebelum ini banyak drama yang dilakonkan oleh Nina mendapat pujian ramai. Bukan itu sahaja, selain memiliki wajah yang cantik, Nina juga memiliki perwatakan lemah lembut dan sering mencuri perhatian warganet.
Namun setelah mendirikan rumahtangga dan melahirkan seorang cahaya mata, Nina kembali menetap di negaranya iaitu Brunei. Rasanya sudah beberapa tahun selepas seluruh dunia dilanda wabak c0vid, Nina tidak lagi aktif dalam dunia lakonan di Malaysia.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Nina, telah dikongsikan video yang memaparkan Nina menghadiri event sebuah jenama terkemuka. Cantik mengenakan abaya berwarna hitam yang dihiasi corak kilauan, penampilan terbaru Nina menarik perhatian para pengikutnya di Instagram.

Ada yang mengatkan meskipun sekarang badan Nina kelihatan agak berisi, namun penampilannya semakin cantik. Selain itu, ada juga peminat meluahkan rasa rindu untuk melihat Nina kembali berlakon. Sehingga kini, perkongsian oleh Nina menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian gambar-gambar terbaru Nina di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya)
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian oleh Nina dan memuji penampilan Nina sekarang. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Nina ni no matter kurus ke berisi ke tetap nmpk cantik and slay.. Rindu nak tengok dia berlakon balik, lama betul dia tak berlakon dah.. “
” Beauty and adorable… Suka tengok dia ni.. Pandai bawa diri. Love your confidence in which I think every women should embrace it.. “
” Semalam try cari IG sebab Tiba Tiba teringat tapi tak ingat nama… Tiba Tiba pagi lalu Kat timeline… Heeee… Pastu lalu lagi kat rtn 1 tadi dalam drama… Finally.. Cantik betul dia sekarang.. “
” Lawanyeeee..teringat plak dgn drama Raya Ni Mesti Kawin.. Rasanya Nina dah lama tak datang Malaysia lepas kahwin dan ada anak.. Dia orang Brunei kan.. “
” Rindu nk tgok lakonan baru, dh tak nk berlakon kat Malaysia lagi ke.. Cantiknya Nina.. Suka betul ng body dia.. Mcm mna dpt body mcm ni.. I puas dah jd kurus.. “
” Ya Allah kalau tak tengok nama tadi, dah ingat perempuan arab dah. Orang makin berisi tak cantik, dia makin berisi makin cantik.. “
” Bukti yg body berisi pn boleh kekal cantik… Asalkan diri sendiri bahagia kan sis.. Sis dari dlu memang dah cantik, sekarang makin tambah2 cantik.. “
Respon Nina di komen peminatnya :


Cantik sungguh Nina, bak kata peminat Nina, kalau tak tengok betul-betul, mesti ingatkan wanita Arab. Wajah Nina diibaratkan semanis gula, pandang pun tak jemu. Apa-apa pun semoga Nina terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ninaiskandar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman



