Artis / Selebriti
” Kalau mak mertua idaman Malaya dah berbunyi maknanya apa tu, hehe.. ” – Komen Netizen
Komen daripada ibu Syamsul Yusof, Datin patimah Ismail pada video YB Syed Saddiq dan Bella Astillah menaiki sampan curi perhatian warganet. Alahai, sweet betul bila mak mertua idaman Malaya pun into the scene ye, hehe..
Meninjau di akaun Instagram milik Primavalet, telah dikongsikan video yang memaparkan kedua-dua dutanya iaitu Bella Astillah dan YB Syed Saddiq sedang menaiki sebuah sampan. Menerusi video itu, kelihatan Bella dan YB Saddiq mengenakan baju berwarna sedondon.
Meskipun tidak mendengar apa yang dibualkan oleh Bella dan YB Saddiq ketika video ini dirakam, namun lagu latar belakang bertajuk ‘ Untuk Mencintaimu’ membuatkan warganet turut tumpang bahagia melihat pasangan ini. Walaubagaimanapun, apa yang menjadi perhatian pada video ini adalah komen ibu pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof iaitu, Datin Patimah Ismail.
Usik Datin Patimah di ruangan komen dengan mengatakan mungkin YB Saddiq hingga ke hari ini masih bujang kerana menunggu Bella. Komen yang ditinggalkan oleh Datin Patimah itu telah mendapat 760 likes daripada warganet dan turut mendapat respon daripada beberapa warganet.

Seloroh mereka, meminta agar Datin Patimah menyuruh YB Saddiq dan Bella segera berkahwin agar pada raya tahun ini mereka dapat beraya bersama. Sehingga kini, video Bella dan YB Saddiq itu telah menerima ratusan komen serta lebih 13 ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Kalau mak mertua idaman Malaya dah berbunyi maknanya apa tu, hehe.. Aunty boleh tak suruh dorang kawin je bulan puasa ni. Raya nanti YB ada wife dah boleh bawak blk kg.. “
” Abang YB pun restu.. Abang YB cakap YB SS nampak happy bila dengan Bella..wah satu dunia merestui kalian berdua.. Semoga jodoh kalian ke jinjang pelamin.. “
” Macam ni lah, silap Prima Valet jugak… Siapa suruh.. Majlis kahwin dorang. Kami semua nak pergi. Tak kira. Kena ajak kami semua.. “
” Vitamin BASS ni btl2 meresap, buat kita pun rasa bahagia dan nak membahagiakan pasangan kita… Ya Allah satukanlah mereka.. “
” Ape yg dibualkan tu ye. Bual tntg masa depan ke. Sy yakin mak yb pun restu siapa shj pilihan yb. 99% rakyat msia setuju yb together dgn bella.. “
” Fuh, cinematic scene, dari gelap sampai terang cahaya, such a beautiful panorama.. Terima kasih prima valet menyejukkan hati2 kami disebalik isu lain yg tgh panas wuwuw terus sejuk woo tengok ni. .”
” Senyum2 sy tgk.. Dibulan yg baik ni. Sy doa kan SS n B.. Dipercepatkan la urusan berumahtangga. Jgn lama2.. Sakit mata tgk sebab terlampau bersemut 1 skrin hp.. “
Komen Datin Patimah :

Alahai ramai yang berharap Bella dan YB Saddiq berjodohan. Kalau dilihat, memang pasangan ini nampak sama padan dan serasi bersama. Apa-apa pun, sama-saama kita doakan yang baik-baik buat pasangan ini, kalau dah ada jodoh, pasti tak akan ke mana.

Silakan SHARE..
Sumber : IG primavalet
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen

