Artis / Selebriti
” Kalau ‘Guru Besar’ dah ambil alih sesi pembelajaran, mommy nak wish good luck jelah dekat Yem.. ” – Nad Zainal
Nad Zainal Kongsi Video Suaminya, Ungku Ismail Sedang Mengajar Anaknya, Yem Raih Perhatian Peminat. Dengar Suara Ungku Pun Naik Seram, Boleh Tahan Tegas Yer Abahnya !!
Umum mengetahui yang pelakon Nad Zainal telah mendirikan rumah tangga bersama Ungku Ismail Aziz. Berita perkahwinan pasangan ini pada tahun lalu membuat para peminat mereka turut tumpang gembira. Hasil perkongsian hidup bersama, Nad dan Ungku dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Sebelum mendirikan rumahtangga bersama Ungku, Nad mempunyai dua orang cahaya mata menerusi perkahwinannya yang terdahalu iaitu seorang lelaki dan perempuan bernama Fahad Ibrahim berusia 8 tahun serta Budi Kalsom berusia 3 tahun.

Klik gambar untuk info..
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Nad, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ungku Ismail sedang mengajar anak sulungnya, Fahad atau lebih mesra dengan panggilan Yem. Kelihatan Ungku dan Yem sedang berada di meja makan ketika video dirakam.

Seloroh Nad pada menulisannya, mengatakan apabila ‘guru besar’ sudah mengambil alih sesi pembelajaran, Nad hanya mampu mengucapkan ‘good luck’ kepada Yem kerana akui Nad, dia pun takut melihat gaya Ungku yang dikatakan garang. Sehingga kini, perkongsian video oleh Nad itu menerima puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video oleh Nad tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ni kalau pegang pensel nak tulis pun jadi tangan lembik.. Mcm takda tulang, hahaha dengar suara pun dah tahu kata garang betul, hahaa.. “
” Kalau camni gayanya.. Baby yang kecik tu pun takut nak membesar.. Dalam hati ‘ takpe.. Aku rela jadi baby selamanya, hahaha.. “
” Kak nad .. Cer letak kan abah tu dkt mesin jahit baju .. Memahuu bole siap sehelai dua baju ler dia punya speed goyang tu, haha.. “
” GB dia graduated Engineering kt UK tu. Bukan calang2 ok, hahaa.. Suara bapak dengar pun da seram.. Clear.. Mne tak Yem takut.. Sni mommy yg jd hulk dgn ayah dia susah jln.. “
” Kaki goyang goyang tu.. Bapak bapak sangad weyh.. Seramnyaaa.. Kalau aku tu..Dah bingung jadi bingung lagi dibuatnya, haha.. “
“Alamak kaki tu dah goyang goyang tu.. Takutnyaaaa mcm style bapak2 kita dulu.. Goodluck Yem. Uncle doakan Yem sabar dan kuat, haha.. “
” Kalau mcm ni 1+1 pun automatic jawab 3.. Takut ek. Dulu masa kecik2 bila org2 tua mcm ni layan kite, rasa nak gugur gigi semua hahahahaha.. “
Apa-apa pun apabila seorang ayah bersikap tegas terhadap anak, tak semestinya dia tak sayang anak. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya bermaksud mendidikan anak biarlah dari mereka kecil. Apa-apa pun semoga Yem terus membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh buat ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG nad.zainal
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen



