Artis / Selebriti
” Kalau gaya berpantang macam ni, bersalin tiap-tiap tahun pun tak apa.. ” – Komen Netizen
Datin Intan Najuwa kongsi beberapa gambar sedang berpantang buat peminat teruja. Wah bestnya berpantang macam ni, dah macam ala-ala princess lah..
Umum mengetahui pada dua minggu lalu, pelakon Datin Intan Najuwa telah selamat bergelar seorang ibu. Menerusi perkongsian di Instagram, Intan atau nama penuhnya, Intan Najuwa Abdul Wahid berkongsi gambar menyambut kelahiran cahaya mata perempuannya yang diberi nama Imane Lunara.
Perkongsian oleh Datin Intan tersebut juga telah dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan selebriti serta para peminatnya. Terbaru, meninjau di akaun Instagram Datin Intan, telah dikongsikan beberapa gambar yang memaparkan Datin Intan kini sedang menjalani fasa berpantang.
Menerusi gambar-gambar itu, kelihatan Datin Intan sedang membaca sebuah buku sambil menikmati minuman yang telah disediakan di atas katil. Bukan itu sahaja, Datin Intan juga berkongsi beberapa produk yang digunakannya.

Manakala di ruangan kapsyen, tulis Datin Intan, sudah 14 hari dia menjalani tempoh berpantang di rumah dan dibantu oleh perkhidmatan pakej berpantang yang diambil. Di ruang komen, ramai yang teruja melihat cara Datin Intan menikmati tempoh berpantangnya. Seloroh mereka, jika mereka mendapat layanan berpantang seperti Datin Intan ini, setiap tahun bersalin pun mereka sanggup.
Ikuti perkongsian gambar-gambar di bawah ini :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian gambar-gambar oleh Datin Intan dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Woww ni gaya berpantang ala-ala princess.. Dalam pantang pun cantik lah.. Macm tgh honeymoon hihi.. Tapi risau tengok Datin Intan duduk tepi sgt.. “
” Sebab duit kena banyak, kalau nak tenang2 begini ya gadis2.. Korg kena duit berkepuk.. Dapat laki kaya no 2. Best tengok datin.. “
” Memang untung ya kalo duit banyak. Lps bersalin pn boleh tenang². Kitonyo lps bersalin ribut nya lah, haha. Rezeki masing².. “
” Definisi berkahwin dengan orang yang tepat.. Semoga berbahagia hingga ke jannah dan dijauhkan dari hasad dengki manusia, aminn.. “
” Memang best amik service pantang LCC,tak rugi invest untuk baikpulih diri lepas bersalin.. Semoga Datin Intan dan anak sentiasa sihat hendaknya.. “
” Kalau macam ni gaya berpantangnya, beranak ramai pun tak pa… Selang 3 tahun onn… Hahahaa.. Selamat berpantang Datinnn.. “
” Kalau mcm ni brpantang, brsalin tiap² tahun pun sanggup, hahaha.. Dalam pantang pun maintain cantik, nampak dah kurus dah Datin.. “
Bagi yang mengikuti Datin Intan sebelum mendirikan rumah tangga lagi, pasti mengetahui yang Datin Intan seorang yang sangat mementingkan penjagaan diri. Maka tak hairanlah, meskipun sekarang masih dalam tempoh berpantang, Datin Intan tetap menjaga keterampilan dirinya untuk memastikan dirinya sentiasa cantik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG intannajuwa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

