Artis / Selebriti
” Kalau boleh tak mahu kongsi pun.. ” – Emma Maembong
Video Emma Maembong kongsi kisah di sebalik penceraiannya raih perhatian ramai. Sangat matang jawapan yang diberikan oleh Emma, salute lah..
Meninjau ke akaun Instagram Hibglam, perkongsian satu video sesi temuramah bersama Emma Maeombong yang mengulas mengenai isu penceraiannya telah meraih perhatian ramai. Emma menjawab segala persoalan yang dengan jawapan yang cukup matang.
Walaupun pihak wartawan cuba mengorek punca perpisahan Emma dan suami, Emma memilih untuk mendiamkan diri. Menurut Emma, sehingga kini hubungannya bersama bekas suami kekal baik demi membesarkan dua cahaya mata mereka.
Emma juga menegaskan tidak perlu bermusuh dan menghukum anak-anak jika masih berdendam dengan bekas suami atau pun isteri. Emma memilih untuk berdamai dan melalui hidup dengan penuh tenang kerana sudah tertulis jodohnya sampai sini sahaja.

Perkongsian video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sebelum ini, Emma mengumumkan penceraiannya dengan suami apabila selesai menjalani tempoh iddah yang telah mengejutkan ramai orang.
Jom tonton video di bawah :
Ramai yang memuji sikap matang Emma dalam berbicara mengenai penceraiannya. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Aku rasa emma nmpk lg matang moga yg baik2 perjalanan emma dlm kehidupan.. Bila seseorang yang matang berbicara. Love emma.. “
” Emma ni muda lagi tapi cara dia jawab sangat matang,yang penting tidak mengaibkan sesiapa.. Bagus Emma ni..Tk adanya nak bergaduh riuh rendah di medsos.. “
” Both emma n her ex husband matang dlm tangani isu ni.. Alhamdulillah anak2 yang paling penting & mental health bak kata ema.. Jodoh ajal maut semua kita x tahu.. Rahsia Allah.. “
” Emma matang seb dia asal broken family.. Family dia Byk berdikari sejak parents nya bercerai.. Kehidupan yg mematangkan dia.. “
” MashaALLAH, sgt matang Emma sebagai seorg perempuan yg kadang hilang sabar dlm diri, sy sgt respect perempuan yg mampu buat mcm ni.. “
” Dia ni belajar x tinggi.. tapi jawapan die bagi belajar sampai tahap phd.. gud job emma.. pengalaman mematangkan seseorang.. “
” Jawapan yg tidak boleh disambung,dihasut,dipatahkan,diprovok oleh wartawan atau netizen.Alhamdulillah..patut dicontohi.Jgn biarkan syaitan menghasut akal dn fikiran kita bila kita mula berbicara.. “
Cara Emma mengatasi kemelut rumahtangganya sangat dipuji ramai kerana pihak media langsung tidak dapat menghidu keretakan rumahtangganya sebelum diumumkan oleh Emma sendiri. Semoga segala uurusan Emma Maembong dipermudahkan bersama anak-anak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG hibglam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

